KOMENTAR

 

Komentar1

09.05.00

 

TIADA PERUBAHAN AKAN BERLAKU DALAM UMNO

 

Perhimpunan UMNO kali ini tidak langsung memberi sebarang pengertian. Mandat baru atau kepimpinan baru tidak akan dapat mengubah UMNO kerana pucuk pimpinan mereka adalah orang yang paling ditakuti dan digeruni oleh mereka. Apalah ertinya penukaran kepimpinan diperingkat Naib Presiden kebawah sedangkan pucuk kepimpinannya tidak berubah dengan keputusan Mahathir untuk menyelamatkan diri dari ditentang dan diterajang oleh orang UMNO sendiri. Ini bermakna apa juga perubahan baru yang akan dilakukkan ianya masih dipegang dan di caturkan oleh Mahathir. Mahathir sudah menyiapkan segala percaturan dalam perwakilan ini. Lebih baik Mahathir sahaja yang melantik semua AJK nya dalam Majlis Tertinggi UMNO.

 

Ingatlah Sdr Anwar Ibrahim turut tidak percaya akan perubahan dalam UMNO dapat membantu beliau kerana jatuhnya Mahathir akan diganti dengan orang/keldai Maahthir sendiri.

 

Pandai betul Mahathir menuduh orang lain punya keldai sedangkan keldai dia lebih buruk perlakuan dan sama zalim dengan beliau.

 

Komentar1