Negara hancur jika Melayu berpecah? Atau....???

(Penafsiran Rakyat Terhadap Laporan UTUSAN MELOYA 30 Okt 2000)

Sunan Kalijogo

Berikut adalah sebahagian dari tafsiran rakyat yang sedar terhadap propaganda dan pembohongan pimpinan dan media pro kerajaan. Sebagai hasilnya rakyat telah secara teliti dan begitu berhati-hati dengan sebarang laporan yang dikemukakan sehinggakan mereka membuat tafsiran yang lebih telus dan terperinci dan tidak mudah lagi untuk terpengaruh apatahlagi dipengaruhi oleh sebarang media yang tidak berprinsip seperti Utusan Meloya.

Apapun rakyat tetap punyai kebebasan untuk membuat penafsiran lain. Yang penting, kesedaran akan terus berkembang, pemikiran mereka juga terus tajam sehingga mudah-mudahan harapan dan aspirasi rakyat akan menjadi pendesak kepada kebangkitan Rakyat secara tottal menentang kezaliman dan penyelewengan.

1.Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara akan hancur dan orang Melayu dijajah semula sekiranya mereka terus berpecah-belah kerana terpengaruh dengan dakyah supaya membenci dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.

Negara Akan Hancur- Ditafsirkan juga sebagai 'Kuasa Aku', 'Ekonomi Aku', 'Kepentingan Aku', 'Kekayaan Aku', 'Istana Aku' dan 'Kroni-kroniku' akan hancur dan terlepas dari tangan ku.

Orang Melayu DiJajah Semula  Sekiranya Mereka Terus Berpecah-belah - Ditafsirkan sebagai 'Aku dan Kepentingan Aku' dirampas, dipindah milik dan diambil semula dariku akibat kehilangan sokongan dan dokongan rakyat terhadap penyelewengan ku menyebabkan aku tidak punyai kekuatan lagi untuk mempertahankan apa yang aku miliki.

Terpengaruh Dengan Dakyah Supaya Membenci - Ditafsirkan sebagai terpengaruh dengan segala kebenaran yang telah terbukti hasil pendedahan berterusan oleh mereka yang benci terhadap segala segala penyelewengan dan kezaliman, rasuah dan salah laku yang telah aku lakukan selama ini.

Tidak Berterima Kasih Kepada Kerajaan - Ditafsirkan sebagai telah hilang sokongan orang melayu terhadap Aku dan Kroniku.


2.Malah, kata Perdana Menteri lagi, usaha untuk meningkatkan lagi sosio-ekonomi orang Melayu juga akan terjejas dan akibatnya mereka terus ketinggalan berbanding kaum lain.

Usaha Meningkatkan Lagi Sosio Ekonomi Orang Melayu - Ditafsirkan sebagai usaha meningkatkan sosio-ekonomi Aku akan terjejas teruk dan akibatnya Aku disisihkan jauh dan ditinggalkan oleh rakyat Aku
sendiri.


3. ''Jika orang Melayu berpecah-belah, percayalah negara akan hancur dan kita akan dijajah semula. Satu hari nanti, Melayu akan ditindas oleh orang asing (penjajahan) cara moden.''

Ditafsirkan sama seperti perkara 1 di atas.


Melayu Akan Ditindas Oleh Orang Asing (penjajahan) cara Moden - Ditafsirkan mengikut pandangan lain sebagai Aku ditindas dicemuh dan seolah-olah dizalimi oleh rakyat Aku sendiri.

Penjajahan Cara Moden - Ditafsirkan bukan akibat 'Era-Globalisasi dengan E-Dagang atau E-Ekonomi' yang menjajah orang Melayu, tetapi dengan maksud kepentingan Akulah yang akan menerima kesan jajahan dahsyat dari perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan itu.


4. Sehingga hari ini, masih ada orang Melayu yang sangsi dengan apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan kepada mereka.

Orang Melayu Sangsi Dengan Usaha Kerajaan - Ditafsirkan sebagai orang melayu khususnya dan rakyat umumnya sudah tidak mempercayai Cara Aku, Pendekatan Aku, Usaha Aku dan Kabinet ku memerintah dan mentadbir negara.


5. Orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai bidang dengan kaum lain termasuk pendidikan dan ekonomi.

Ditafsirkan sebagai Aku masih ketinggalan dan tidak sekaya, semewah, sesenang mereka dari kaum lain yang lebih kaya, lebih senang, lebih banyak wang hasil dari perniagaan mereka tidak seperti Aku yang hanya mahu kemewahan hasil perahan Wang Rakyat melalui Dana-dana Kewangan milik Rakyat.


6. Beliau menambah, antara faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu sehingga kini ialah masalah politik ketika pilihan raya lalu.

Perpecahan Orang Melayu - Ditafsirkan sebagai hilangnya sokongan besar terhadap Aku dan Parti Ku dan yang baki hanyalah sedikit yang menyokong Aku, Parti dan Kerajaan Ku.

Masalah Politik Ketika Pilihanraya - Ditafsirkan sebagai masalah berkaitan keputusan pilihanraya yang tidak lagi menyebelahi Aku dan Parti ku meskipun Aku dan Parti ku memenanginya hasil dari penipuan Aku, Part dan Kerajaan Aku.

7.Malaysia berjaya keluar daripada kegawatan itu dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan tidak perlu berhutang dengan Dana Kewangan Antarabangsa.

Malaysia Berjaya Keluar Daripada Kegawatan - Ditafsirkan Aku dan Kroniku sedikit lega dan bebas dari cengkaman hutang yang banyak dengan secara halus menghapuskan rekod hutang-hutang lapuk di
Bank-bank tertentu dengan menggantikan rakyat sebagi penanggung hutangnya.

Mencatatkan Pertumbuhan Ekonomi - Ditafsirkan sebagai memperlihatkan tanda menguntungkan dengan mengeksploitasi kuasa yang Aku ada untuk Aku teruskan lagi meraih keuntungan  hasil dari korupsi dan penyelewengan kuasa yang Aku miliki di masa-masa akan datang.


Sunan Kalijogo
30 Okt 2000