KOMENTAR

Komentar 1

17.05.2000

 

 

DATUK MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ (MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN) MENGAJAK KITA TERUSKAN KHIANAT MENGKHIANATI SESAMA KITA

 

THE SUN 17 MAY 2000 memetik kenyataan Datuk Nazri Abdul Aziz sebagai berkata “ Kemudahan pinjaman hanya untuk pendokong BN sahaja”. Ini merupakan satu kenyataan yang langsung tidak demokratik serta mengandungi unsur-unsur mengugut rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan corak dan pentadbiran kerajaan memerintah. Kenyataan Datuk Nazri yang kononnya mahu menjadi “champion” Barisan Nasional dianggap sebagai satu kenyataan yang mencabar kita dari Barisan Pembangkang untuk terus-menerus berkonflik dan benci-membenci antara kerajaan pemerintah dengan pembangkang. Menteri tersebut dilapurkan berkata “semua orang berbuat demikian” merujuk kepada tindakan PAS mengubah beberapa pegawai kerajaan dalam Barisan Pentadbiran negeri tersebut. Sehubungan dengan itu kenyataan Datuk Nazri seolah-olah mengajak kita memupuk semangat dendam antara kerajaan pemerintah dengan barisan pembangkang. Sikap kepimpinan beginilah yang sebenarnya di tentang oleh kita yang mahu landasan demokrasi diperbaiki. Komentar melihat kenyataan Datuk Nazri sebagai satu kenyataan ganas dan kenyataan ini sinonim dengan perbuatan pemerintah yang sudah mula bertindak menekan mereka yang tidak sependapat dengan kerajaan.

 

Komentar- esok kalau anak kita tidak sehaluan dengan kita maka kita harus terus menekan mereka dan menghalau mereka  keluar dari rumah. “Tak gitu Datuk Nazri”.