Program Sumpah Keramat II anjuran Pemuda keADILan di bawah pimpinan Mohammad Ezam Mohd Nor yang berjalan seiring dengan Bulan Reformasi 2000 telah mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

 

Sumpah Keramat II yang diadakan di Pasir Puteh, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sepanjang Bulan Reformasi ini telah masing-masing berjaya menghimpunkan kira-kira 30,000 orang penyokong dan pendukung reformasi.

 

Sumpah Keramat ini nyata menyaksikan para pemuda keADILan beriltizam untuk;

 

Pertama;

Menegaskan bersama-sama rakyat bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah walaupun telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun

 

Kedua;

Berjanji untuk berjuang membebaskan Anwar Ibrahim dalam tempoh masa tidak lebih dari 15 bulan

 

Ketiga;

Berikrar untuk berdiri teguh berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan ikrar:-

 

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

 

Menyedari, Negara Terus Dilanda Kezaliman

Menginsafi, Umat Perlukan Perubahan

Mengakui, Keadilan Mesti Ditegakkan

Maka - atas nama kemuliaan dan perjuangan

Atas nama kesucian agama

Atas nama kedaulatan negara

Atas nama kehormatan Rakyat Jelata

Kami bersumpah – Selagi ada bulan dan matahari

Selagi hayat dikandung badan

Keadilan tetap kami perUMNO semakin nazak

Kenyataan Dr Thir (Maha hanya untuk Allah Yang Maha Esa) untuk menumpukan perhatiannya kepada parti sekadar ingin mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam UMNO. Hakikatnya, krisis dalaman UMNO sudah sampai ke peringkat yang cukup serius dan masanya sudah tiba untuk UMNO dikuburkan. Di dalam UMNO sendiri terdapat tiga puak yang paling dominan dan sentiasa bercakaran antara satu sama lain untuk merebut tampuk kekuasaan di dalam parti. Puak paling dominan diterajui oleh Dr Thir atau lebih dikenali sebagai Team A. Pesaing terdekatnya iaitu Team B diketuai oleh TPM Abdullah Ahmad Badawi. Manakala puak yang ketiga ialah Team Wawasan yang dipimpin oleh Najib Tun Razak.

Khabarnya Dr Thir telah menyerahkan tanggungjawabnya kepada TPM untuk mentadbir negara dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai PM. Apakah benar Dr Thir akan menyerahkan kuasanya begitu sahaja? Sebenarnya tujuan beliau adalah untuk memantau serta mengawasi segala tindak-tanduk musuh-musuh politiknya dan apabila ternyata mereka cuba mengancam kedudukannya barulah beliau akan segera bertindak balas tanpa belas kasihan terhadap musuh-musuh politiknya itu. Taktik sebegini telah beliau gunakan terhadap mantan TPMnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, kedudukan Abdullah Badawi semakin terancam dan beliau tidak ada pilihan lain lagi melainkan terpaksa bekerjasama dengan Team Wawasan yang diketuai oleh Najib Tun Razak  dalam usaha untuk menumbangkan Dr Thir.

Pergolakan hampir pasti tercetus di dalam UMNO dan siapakah yang menang akan diketahui kelak. UMNO yang kian terdesak amat memerlukan bantuan daripada rakan-rakan komponennya di dalam BN setelah kehilangan sokongan daripada majoriti kaum Melayu. Sebelum ini UMNO telah kehilangan empat orang Menteri Kabinetnya serta dua orang Menteri Besarnya selepas Pilihanraya Umum diadakan. Kini, akan menyusul tiga orang MB lagi iaitu daripada NS, Pahang dan Perlis untuk menyertai Kelab Eksklusif Bekas-Bekas MB bersama-sama bekas MB Selangor Abu Hassan Omar. Khabarnya, tidak lama lagi Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam akan turut sama menyertai kelab tersebut.

Kepopularitian UMNO semakin pudar sejajar dengan kemorosotan akhlak di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dewasa ini. Mungkin selepas ini Dr Thir akan melantik doktor-doktor khususnya doktor gigi untuk mengisi kekosongan jawatan MB dan Menteri Kabinet. Selagi UMNO diperintah oleh Dr Thir selagi itulah UMNO akan dibenci oleh kaum Melayu khususnya dan kaum-kaum lain amnya.

Politik fulus, main wayang, tabur fitnah, cakap besar, buruk siku, balas dendam dan ugut- mengugut yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO telah menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap UMNO. Nampaknya sandiwara UMNO sudah tidak menjadi dan sekadar menjadi bahan jenaka rakyat jelata. Selama mana Si Muka Tebal Dr Thir dan juak-juaknya mampu menanggung aib sebegini? Lee Kuan Yew yang busy bodypun tidak mampu membantu UMNO lagi malah mahu tidak mahu akan berpeluang untuk menyaksikan Barisan Alternatif memerintah negara………InsyaAllah.

Bukan Juak Abdullah Badawi dan Najib