UiTM Menyahut Seruan Kerajaan
by Warnakasih

Dalam keghairahan pihak media hari ini memperkatakan akan tindakan yang bakal dilakukan oleh Mahazalim dan kroninya, UITM selaku pengampu utama telahpun mengambil langkah menyahut seruan kerajaan ini.

Dalam mesyuarat executive yang dihadiri oleh pegawai pegawai UiTM Shah Alam, termasuk pengampu utama dari atasan telah mengistiharkan agar semua persatuan di UiTM seluruh Malaysia dibubarkan dan diarahkan tubuh kembali.

sekali imbas alasannya cukup baik, kerana sebelum ini UITM merupakan institut, maka apabila dinaikkan taraf ke universiti ia perlu diubah akta persatuan dan semua pertubuhan.

Namun apa yang mengecewakan adalah arahan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor ialah semua pertubuhan tidak dibenarkan menggunakan nama Islam. Perkara ini telah disahkan oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar UiTM.

Antara badan yang terlibat dengan arahan ini adalah Persatuan Mahasiswa Islam, UiTM seksyen 17 ( known as PPP ITM before )dan juga ADASI ( adab dan Asas Asas ISlam ). Dan arahan ini nampaknya lebih lebih lagi mengarut apabila semua perkataan khas juga tidak dibenarkan seperti "Mahasiswa"

Sekarang apa lagi alternatif yang boleh pelajar gunakan?
Nampak sangat arahan yang dikeluarkan adalah sebagai langkah awal akan pengharaman perkataan ISlam pada Jemaah Islam yang kita dokongi PAS.

Mahasiswa UiTM wajar mengemukakan satu bantahan bertulis kepada pentadbiran UITM.

Warnakasih
Ex ITM