DATUK NAJIB TUN ABDUL RAZAK ! JANGAN MENGARUT.
(mahu makan dua pihak, kalau UMNO tewas mahu lompat ke pembangkang kalau tidak duduk dengan UMNO)


Saya terbaca mengenai tulisan Datuk Najib mahu kononnya menyerang pembangkang.....jangan mengarut...Datuk Najib sepatutnya lebih berani mengambil risiko jangan hanya menyorok mengkritik UMNO di belakang tabir web site UMNO-REFORM.(web master tolong link kan biar semua tengok perbuatan Datuk Najib) Ohhh.... kat web site itu menjerit-jerit kritik UMNO kononnya mahu memperbaiki UMNO tapi jangan jadi bacul dan bermuka-muka. Saya syorkan Datuk melebih berani mengkritik UMNO secara terbuka macam Datuk Shahrir Samad. Ini tidak menyorok di belakang UMNO-REFORM.COM web site.

UMNO perlu serang balas pembangkang (UTUSAN MELOYA)

BANDAR CHINI 22 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya bagi UMNO menyerang balas tohmahan dan fitnah bertubi-tubi pihak pembangkang ke atas parti itu.

Katanya, UMNO tidak boleh terus berdiam diri kerana dengan semangat jitu untuk menyerang kembali parti lawan itu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) pasti mampu memenangi sekali lagi pilihan raya umum 2004.

``Persediaan mesti dibuat mulai sekarang dan masanya telah tiba untuk kita menyerang kembali mereka ini supaya tanggapan tidak betul rakyat mengenai parti selama ini dapat diperbetulkan,'' katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan penduduk Felda Gugusan Chini di sini hari ini.

Najib menjelaskan, serangan balas itu termasuklah usaha untuk menangkis fitnah dahsyat yang dibuat oleh Parti Keadilan Nasional (Keadilan) melalui Ketua Pemudanya, Mohd. Ezam Mohd. Noor.

Katanya, Ezam pernah mendakwa mempunyai enam kotak dokumen rahsia kerajaan tetapi ia didapati tidak benar sampai sekarang.

``Kita telah dihujani dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah ini dan tuan-tuan dan puan-puan di sini pula percaya dengan dakwaan itu, apakah ini hendak kita biarkan?

``Kita mesti balas balik dengan membuat serangan memberi penjelasan mengenai hakikat sebenar dakwaan pembangkang ini,'' kata beliau.

Dewan Undangan Negeri Chini adalah satu-satunya kawasan di Pahang yang dimenangi oleh Keadilan pada pilihan raya lalu. Katanya, apa yang perlu sekarang ialah suntikan, galakan dan pemulihan semula imej dan pandangan rakyat terhadap UMNO yang sebenarnya sebuah parti yang tulen membela orang Melayu.

Menurutnya, UMNO merupakan satu-satunya parti orang Melayu sejak dulu sampai sekarang yang perjuangannya bukanlah semata-mata untuk orang Melayu bahkan kepentingan nasional.

Meluat saya dengan Datuk Najib yang hanya selama ini senyap tiba-tiba muncul untuk menyerang pembangkang. Betulkan UMNO itu dulu dan jangan berpura-pura. Nyatakan dengan berani...!!!!!!!!!!!!! Untuk pengetahuan Datuk Najib, Ezam sudah membongkar rasuah Rafidah Aziz dan keburukan pejabat peguam negara lantas kini beliau tersangkut dengan akta menyelamatkan perasuah yakni...OSA. Baru satu.......dan kini dah merengkok dalam ISA........saya akan dedahkan lagi mereka-mereka yang sebenarnya menolak UMNO tetapi takut pada Dr Mahathir....Yang buat saya marah sangat ialah mereka ini kononnya mahu terus melompat kiranya UMNO tewas....... banyak cantek....

UMNO WATCH 2001