Oleh UMMU NATASYA

 

Najib Ingin Jadi Hero

 

SEPUPU Shahrir Abdul Samad, Najib Tun Razak mencadangkan PAS mengambil tindakan mahkamah terhadap Petronas kerana tindakan Kerajaan Persekutuan menukarkan royalti kepada wang ehsan.

Najib Tun Razak yang menang pilihan raya dengan majoriti 241 undi cuba menjadi ‘ayam sabung’ Umno sekarang setelah dia gagal di dua kementerian.

Ketika dia jadi Menteri Pendidikan, guru-guru, mahasiswa universiti dan pensyarah menjadi penentang kerajaan.

Bila dia dipindahkan ke Kementerian Pertahanan, tiba-tiba BN kalah undi pos dalam pilihan raya kecil Teluk Kemang.

Dr. Mahathir mula hilang keyakinan pada Najib walaupun dia menang besar sebagai Naib Presiden Umno.

Malangnya, menang sebagai Naib Presiden tidak memberi erti kepada peluangnya untuk menang semula di Parlimen Pekan yang rata-rata sudah menolak kepimpinannya.

Dia fikir kerana dia anak Tun Razak, maka dia jarang balik pun rakyat akan undi dia. Tetapi jelas, dalam pilihan raya lalu, dia nyaris-nyaris kalah di tangan calon PAS.

Di Sungai Petani, dia mengesyorkan; “Kalau PAS berani bawalah kes royalti bertukar menjadi ehsan ke mahkamah.”

Najib ingat PAS tidak tahu perangkap yang dipasang oleh Barisan Nasional (BN). PAS punya penasihat yang hebat dalam soal ini. Salah seorang darinya ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Tun Salleh tahu bahawa Mahkamah di Malaysia bukan tempatnya untuk mencari keadilan.

Haji Mustafa Ali juga yang bertanggungjawab terhadap petrolium di Terengganu tentunya faham benar “permainan” BN ini yang tidak perlu dirunsingkan.

Biar mereka (BN) pasang perangkap asalkan PAS berjaga-jaga. Akhirnya nanti perangkap itu akan memerangkap BN sendiri.

Najib kini keseorangan dalam Umno. Dari 151 pencalonan yang dia dapat, undi yang dikutip hanya 1,200. Sekitar 550 undi dia hilang dan ini menunjukkan pencalonan yang diterimanya bukan bererti sokongan sebenar.

Keresahan Najib bertambah-tambah bila Abdullah Badawi dikatakan tidak berminat dengannya dan persitiwa SAUK disifatkan sebagai “kelemahan” Najib yang tidak boleh dimaafkan.

Kenyataan Najib dan Abdullah juga sering bercanggah. Najib berada di Lenggong untuk bersama-sama tentera dan polis bagi menyelesaikan masalah SAUK tetapi Abdullah hanya bercakap melalui telefon tangan kerana “tidak komited” kata orang-orang Najib.

Disebabkan terlalu lama tidak dapat publisiti, Najib tiba-tiba muncul dengan cerita mahu beli meriam dan kapal selam. Dalam kotak fikirannya, dia boleh dapat komisen lagi. Najib tahu, masa Abdullah jadi Menteri Pertahanan, banyak juga peluang membekalkan makanan Abdullah berikan kepada syarikat adik beradiknya dan syarikat anak-anaknya.

Abdullah tidak berani mendedahkan ‘pekung’ Najib dan Najib juga tidak berani mendedahkan ‘pekung’ Abdullah.

Tetapi kedua-duanya tahu ‘pekung’ masing-masing. Najib kira, bila dia belasah PAS, dia akan dapat populariti dan mungkin boleh mengatasi populariti Abdullah yang sudah mula keletihan menjalankan tugas “menguruskan” pendatang Bangladesh yang cukup banyak dibenarkannya masuk ke Malaysia.

Berapa Abdullah dapat komisen, Najib sedang mengiranya. Berapa Najib dapat komisen beli meriam dan kapal selam, Abdullah sedang mengiranya. Najib ada sepupu dalam kabinet, iaitu Hishammuddin Hussein. Najib juga ada sepupu sebelah emaknya dalam MT, iaitu Shahrir Samad.

Abdullah hanya mengharapkan Dr. Mahathir dan sesekali, dia akan mendapatkan nasihat Ali Rustam dan Annuar Musa, kerana kedua-dua orang ini adalah penyokongnya.

Najib tidak risau dengan pengaruh Ali kerana Ali datang dari Melaka. Melaka tidak punya ramai ahli Umno yang boleh menjejaskan peluang Najib.

Najib juga tidak risau dengan Annuar Musa kerana Annuar sudah tidak diterima di Kelantan, malahan tidak mungkin boleh menang semula di Peringat.

Najib tahu, Annuar sibuk berniaga sekarang dan dia sudah cukup kaya sejak gugur dari kerusi Menteri.

Annuar pakai kereta Mercedes yang berharga lebih RM satu juta.

 

habis