KOMENTAR

 

13hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

NAMA BARU YANG AKAN TERSINGKIR DEMI MAHUKAN PENGARUH MAHATHIR BERPANJANGAN

 

Mahathir masih tidak percaya kepada kabinetnya. Hanya 2 orang yang setakat ini mampu Mahathir percayai. Mereka adalah Ketua Wanita UMNO Datin Seri Rafidah Aziz dan Aziz Shamsuddin. Setakat ini Syed Hamid cuba untuk memasuki penama-pemana yang boleh dipercayai oleh PM.

 

Jesteru itu satu penulisan yang diterima Komentar baru-baru ini adalah cubaan pemusnahan karier politik Datuk Najib Tun Abdul Razak. Datuk Najib dan beberapa orang menteri lagi kini tersenarai sebagai mereka yang akan tersingkir dalam arena pencaturan politik Mahathir. Antara yang kuat disebut akan dimusnahkan termasuk  Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

 

Inilah dia corak politik Dr Mahathir dan mereka yang mendokong tidak tentu nasib mereka akan dibela kemudian. Apakah nasib Datuk Najib selepas ini. Datuk Najib seharusnya tahu bahawa beliau akan menjadi mangsa seterusnya oleh musuh-musuh politik dalam UMNO. Datuk Najib sekarang perlu sedar bahawa beliau bukan nama yang digemari oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya. Abdullah Badawi akan juga turun atas sebab-sebab kesihatan dan antara yang tinggal adalah mereka yang tidak digemari Dr Mahathir atau yang tidak boleh dipercayai oleh Mahathir.

 

MAHATHIR sekarang sedang mengkaji andai anak beliau atau kroni beliau dapat mengganti beliau.

 

 

HABISLAH DATUK NAJIB