Kelantan rancang naikkan gaji suami elak isteri bekerja

KOTA BHARU --10 Jun 2000, Kerajaan negeri bercadang hendak menaikkan tangga gaji atau elaun di kalangan kakitangan lelaki bagi mengelakkan pasangan mereka turut bekerja, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata bahawa gaji atau elaun itu mungkin diberikan berdasarkan kepada bila ngan anak, yang menjadi tanggungjawab kepada suami.

"Bagaimanapun, cadangan itu bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri," kata beliau ketika menyampaikan kuliah mingguan di pejabat PAS di sini semalam.

Bercakap kepada wartawan selepas sesi tersebut, Datuk Nik Aziz berkata apabila kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi, cadangan menaikkan gaji itu akan dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan isteri kakitangan lelaki terpaksa keluar bekerja bagi membantu suami, yang mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.

Datuk Nik Aziz seterusnya berkata sistem gaji, seperti yang diamalkan sekarang, yang membenarkan isteri turut berkerja adalah ditiru daripada sistem di Barat, yang memang tidak digalakkan oleh Islam.

Sementara itu, mengenai kenaikan upah nikah daripada RM28 ($12.50) kepada RM56, Nik Aziz berkata kenaikan ter sebut wajar memandangkan kos urusan mengenainya telah naik berkali ganda sekarang.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menyusahkan dan membebankan, terutama kepada kaum remaja yang ingin melangsungkan perkahwinan memandangkan ia masih rendah berbanding dengan beberapa negeri lain. -- Bernama.