KOMENTAR

 

25.07.2000

 

SALAM REFORMASI,

 

4 OGOS 2000

 

NAIB PRESIDEN UMNO KINI TIDAK SEHALUAN DENGAN PRESIDEN LAGI

 

Benarkah senario ini sedang berlaku didalam UMNO? Menurut satu email yang diterima Mahathir sedang berusaha agar  rakyat terus menerima beliau dengan menyebarkan fitnah bahawa keganasan adalah dokongan PAS dan keganasan adalah cara PAS mahukan perubahan dalam negara ini. Tohmahan ini terus dilaksanakan dengan mengkaitkan isu Sauk dengan PAS. Mahathir terus menerus mengatakan bahawa mereka yang ditangkap atas isu di Sauk adalah pendokong PAS . Sesuatu yang Mahathir lupa ialah mereka juga melayu. Mereka adalah Melayu yang mungkin telah mengambil jalan yang agak radikal untuk menjatuhkan Mahathir. Andai ada antara kaum Melayu yang sanggup berbuat sedemikian maka berjuta-juta lagi rakyat Melayu yang turut membenci Mahathir dan mereka yang mendokong Mahathir tetapi tidak radikal tetapi tetap menolak Mahathir dan kuncu-kuncunya.

 

Menurut berita yang diterima perbuatan Mahathir yang berlebih-lebihan menyebabkan Naib Presiden UMNO mual dan bosan atas perlakuan Presiden mereka.

 

Sungguhpun begitu Naib-naib Presiden UMNO tersebut perlu ingat bahawa rakyat tidak akan memaafkan mereka selagi mereka tidak bertindak membela Sdr Anwar Ibrahim, mangsa konspirasi politik peringkat tertinggi.

 

Mereka akan menghadapi hukuman tidak didunia kelak diakirat nanti. Bangun dan segera menolak Mahathir kerana dosa Mahathir pada Sdr Anwar Ibrahim tidak seharusnya menjadi dosa kamu juga.

 

Komentar