UST.NAKHAIE AHMAD DAN SELAMAT PAGI MALAYSIA (TV1)

Suatu kontradiksi

 

 

Selamat pagi Malaysia ahad 11hb Mac 2001, sebenarnya sudah terlalu lama saya memboikot RTM1, TV3  yang kita semua tahu merupakan ejen propaganda penipuan kerajaan dalam berbagai aspek.  Hari ini saya agak terkejut bila Ust.Nakhaie Ahmad menerima projek MEGA kerajaan dengan alasan bodohnya seperti para menteri-menteri kabinet bila ditanya tentang hal yang demikian mereka akan menjawab dengan jawapan yang sama ianya merupakan kesinambungan dari projek besar kerajaan, kami buat ini bukan untuk kami tapi untuk rakyat (ceh), ini sangat-sangat bertentangan (kontradiksi)  dengan kenyataan apabila ustad ditanya soalan bagaimana para pekebun kelapa sawit diingatkan yang mereka tidak boleh joli bila harga sawit naik, mereka kena berjimat. Ustad saya tidak sama-sekali anti pembangunan tapi dalam keaadaan ekonomi yang lembab wajarkah kita membelanjakan wang rakyat hanya untuk pengiktirafan dunia. Wajarlah ustad !!!!!

 

Sebagai orang yang arif tentang ISLAM DAN ISLAH adalah tanggung jawab ustad untuk memberi kenyataan yang benar dan adil tanpa ada agenda ustad sendiri. Ingatkah ustad akan ciri-ciri orang munafiq seperti ceramah-ceramah ugama ustad. Jangan hanya ingat dunia ustad kerana akhirat itu sesuatu yang pasti, ustad pun bukan terlalu muda.

 

Inikah tanggung jawab sosial yang Allah amanahkan kepada saudara hanya meng-iyakan apa yang Mahathir lakukan. Dulunya saya memandang tinggi ustad yang saya percaya ustad akan cuba membetulkan kerosakan yang kerajaan buat, ternyata anggapan saya meleset rupanya saudara tidak lebih seperti Hamid Othman, dan ketua IKIM yang di booo ketika memberi syarahan Juma’at suatu ketika dahulu.

 

 

K E R A N A M U   M A L A Y S I A

 

 

a@2000