DUNIA BOLEH RAKYAT BOLEH MUSA HITAM TAK KAN TAK BOLEH KOT

Komentar 12/4/2000

 

PBB bersetuju akan menghantar pasukan pemerhatinya untuk melihat rancangan perhimpunan Black 14. Mahathir sebok melaungkan bahawa ini percubaan merusuh. Pengerusi Hak Asasi Manusia Malaysia Tan Sri Musa Hitam turut digesa untuk hadir bagi memerhatikan samada ini satu rusuhan atau ini adalah perhimpunan amam bagi rakyat menggesa perubahan dilaksanakan di Malaysia. Apakah bagi menyuarakan kehendak itu satu rusuhan. Kalau Hak Asasi PBB sanggup menghantar delegasi bagi membuat tinjauan takkan “team” Musa Hitam tak boleh kot. Tan Sri Musa Hitam sebagai orang yang dipertanggungjawabkan bagi mengembalikan hak-hak Asasi Manusia di Malaysia harus memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia dan bukan rakyat Mahathir. Sedarlah kuasa Mahathir mencabul hak rakyat negara ini. Jangan pula kehadiran Tan Sri Musa Hitam hadir untuk menegakkan kepalsuan Dr Mahathir yang mahukan absolute power dan mengenepikan hak rakyat.

 

Musa Hitam akan senantiasa diperhatikan

 

Komentar