MUSA HITAM BERSUARA SETELAH BLACK 14

Komentar 25/4/2000

 

Rumah dah siap, pahat kini berbunyi. Ramai dalam lokap, baru kini Musa Hitam bercerita tentang hak mengadakan perhimpunan. Tidak mengapa, asalkan  kita sebagai warga Malaysia dibenarkan bersuara tanpa di ugut oleh kerajaan sudahlah. Sungguhpun begitu Musa Hitam harus memperjelaskan apakah syarat dalam kita mengadakan perhimpunan tersebut. Komentar pasti salah satu syarat secara langsung atau tidak ialah untuk menghalang perhimpunan dari menyuarakan propoganda atau mengkritik kerajaan. Syarat sedemikian TIDAK MUSTAHIL akan dikenakan sekiranya  hak perhimpunan aman dibenarkan. Suara kita tetap terbatas sekiranya perhimpunan tidak membenarkan kita selaku rakyat Malaysia menyuarakan apa yang kita rasakan salah diperlakukan oleh kepimpinan kita. Komentar percaya kenyataan Musa Hitam adalah hanya permainan untuk menunjukkan bahawa Malaysia tidak menghalang rakyatnya bersuara.

 

Komentar