Komentar baru sahaja membaca beberapa komen dalam guess book. Komentar tertarik atas komen penulis ini bukan kerana pujiannya tetapi kerana penulis ini kalau tidak salah adalah BEKAS TIMBALAN PERHUBUNGAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN. Beliau masih lagi berjuang bersama-sama matlamat asal menuntut keadilan buat rakyat negara serta memperjuangkan kebebasan Sdr Anwar Ibrahim walaupun jawatan dalam parti telah dirompak oleh beberapa mereka yang berkepentingan.

 

5/1/00 2:36:31 PM
Name : Mustapa Mansor
email address : mustm99@hotmail.com
comment : Saya sebenarnya baru hari ini membaca ruangan ini,bukan tidak berminat lagi dengan reformasi tetapi ada beberapa kerja lain yang nampaknya buat masa ini lebih utama.Namun saya amat berbangga dengan komentar kerana punya nilai jati diri reformis yang amat tinggi.Saya yakin jika saudara Anwar sempat membaca ruang ini ia juga turut merasa bangga,Saya yakin sdr ikhlas dan penuh tanggungjawab dalam semua artikel yang saudara paparkan,Berkaitan diri saya selaku manusia biasa sudah tentu kita tidak sempurna.Apa yang lebih penting ialah kita telah pun melangkah dalam pradigma reformasi ini.Semoga apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi pengajaran untuk generasi selepas kita.Kepada teman-teman seperjuangan teruskanlah perjuangan ini kerana ia menjanjikan hanya dua perkara hidup mulia atau mati syahid.Tidak ada satupun yang rugi bagi seorang pejuang.Biarlah setimbun bukit fitnah yang dhimpun namun pejuang tetap akan harum namanya di dunia dan di akhirat.Teman-teman yang mungkin kurang senang dengan pendekatan saya semasa di WP tempoh hari, baikilah kelemahan kami dan teruskanlah wacana kami.Kami mungkin sebagai salah satu sample daalam ujikaji gelanggang reformasi serta kami redha.DS Anwar dan DS Wan Azizah bagaikan ayah dan ibu kami dam perjuangan ini.Kami akan tetap berjuang dan tidak akan meninggalkan mereka berdua mengharung onak duri sekalipun mungkin kami tidak dapat berpegangan tangan dengan mereka.Saya tetap mendoakan agar perjuangan ini sampai ke sasarannya di suatu hari,Insyaallah.Terima kasih komentar atas kom,itmen sdr dan kebijaksanaan sdr.Kita tetap bersahabat sekalipun kita tidak kenal
antara kita.