Salam Reformasi
06-07-2001

Biarlah, mungkin dia tak ingat yang kita ingat atau dia lupa yang kita ingat. 

Julai, Ogos dan September. Tidak lama lagi kita akan menuju ke bulan September. Bulan September inilah bulan nostalgia bagi pendokong reformasi dan bulan paling sebok untuk ahli konspirasi. Sebok mencaturkan pelbagai agenda bagi kegunaan tertentu yang akan terus mencacatkan keadilan dan hak kemanusian di bumi Malaysia ini. Apa pun bulan inilah yang menjadi permulaan perjuangan reformasi dan bulan inilah kita menyaksikan permulaan kemelut politik Malaysia. 

Sejak dari September 1998 sehingga Sept 2001 pelbagai peristiwa tercatat dalam lipatan buku sejarah kita. Hampir 3 tahun  MELAYU TIDAK LUPA peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rintitan peristiwa yang berlawanan dengan keadilan negara kita ini. Mungkin kali ini MELAYU TIDAK LUPA atau mungkin selama ini melayu sebenarnya tidak pernah lupa akan peristiwa-peristiwa yang berlaku khususnya mulai Sept 1998 sehingga kini.

Habis siapa yang sebenarnya lupa? Habis....
APAKAH SEBENARNYA YANG KITA TERLUPA?. Ahh....teringat pula sebuah lagu yang memuji keindahan pembangunan negara ini. Bunyinya macam ni...Dia dok kata kita lupa....lupa tak mana pula.... dan seterusnya...dia dok gebang menara kita....menara berkembaq dua......

Betul juga lagu ini. Kita lupa tak mana ya.. apakah sebenarnya yang kita lupa? Apakah sebenarnya kita tidak tahu bersyukur? 

Biarlah, mungkin dia tak ingat yang kita ingat atau dia lupa yang kita ingat. 

Jesteru itu harus kita sematkan dalam diri, Melayu tidak lupa dan Melayu dahulu bukan haprak. Mungkin kita yang pelupa, lalu tidak ingat pengorbanan jiwa Melayu yang berjiwa besar untuk menjamin hak agama,bangsa dan negara di pegang oleh rakyat.