PARTI KEADILAN NASIONAL

Bicara Perjuangan

 

PKN dalam usia muda pembentukkan mereka, terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam perjuangan. Laluan PKN begitu hebat sekali, perjuangan mereka memerlukan pengorbanan menyeluruh dan TIDAK HARUS mempunyai agenda tersendiri. PKN perlu mendewasakan diri dengan cepat sekiranya ingin bertempur dengan gergasi yang memerintah sekarang ini. Mereka punyai kuasa baik dari segi pemerintahan mahupun wang. PKN punyai sokongan rakyat. Sokongan inilah yang menjadi pembakar semangat pejuang keadilan. Sokongan rakyat inilah yang menguatkan PKN dan kekuatan ini harus segera di tambah dengan mengadakan satu sistem yang teratur dalam mengumpulkan sokongan rakyat dan menghalakan sokongan itu kepada fokus yang betul yakni mengagalkan Barisan Nasional dari terus memerintah negara ini. Dalam mengharungi perjuangan ini PKN bakal dikejutkan dengan teknik serta tektik permainan politik oleh pihak lawan. Teknik dan tektik ini mungkin akan mengoncangkan keutuhan PKN memandangkan usia dan kematangan PKN tetapi sebarang usaha mereka untuk mengugat keutuhan parti harus ditangani dengan ikhlas dan jujur dikalangan ahli dan rakan perjuangan lain dari Barisan Pembangkang. Usaha Barisan Nasional untuk terus berkuasa tidak harus dipandang kecil walaupun setakat ini nyata sokongan rakyat berpihak kepada parti alternatif dan bukan Barisan Nasional. Walau apa pun penentu kemenangan adalah dipeti undi dan semua jentera PKN harus dikemudikan kearah memenangi pilihanraya. Ini penting dan ini perlu bagi mengembalikan keadilan dalam negara ini. Kekalahan dalam pilihanraya bereti kematian buat PKN dan kematian ini akan kekal dan sebarang usaha pemulihan tidak akan dapat dibuat dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak mampu tewas. Parti Pembangkang keseluruhan TIDAK MAMPU tewas kali ini. Kekalahan seperti yang telah dikatakan tadi bererti KEMATIAN dan KEMATIAN ini bererti juga KEMATIAN buat DEMOKRASI dan KEADILAN MENYELURUH dinegara ini. KITA TIDAK BOLEH KALAH.

Tahun ini telah menyaksikan pelbagai kekejaman dan kezaliman yang tidak pernah ditonton dan disaksikan oleh rakyat Malaysia. Tahun ini pemerintah Barisan Nasional dikecam dan dicemuh oleh rakyat yang suatu masa dahulu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah. Tahun ini juga menyaksikan bahawa "mob rule" yang dikatakan oleh Dr Mahathir sebenarnya wujud dalam Jabatan Polis kita. Tahun ini juga menyaksikan sistem kehakiman kita gagal dalam ujian penentu keadilan. Tahun ini tahun malang tetapi malang ini membawa hikmat dibaliknya. Malang ini membuka pekong didada UMNO dan Barisan Nasional. Segala kegiatan sumbang mereka terserlah. Mereka telah memanipulasikan sistem kehakiman, jabatan polis, memperalatkan perlembagaan dan perundangan untuk menutup penyelewengan dan kekotoran mereka. Ini lah yang perlu ditamatkan. Inilah yang diperlukan REFORMASI dan inilah perjuangan kita. Ini lah matlamat perjuangan kita dan marilah sesama kita tentukan agar udara segar kehidupan penuh keadilan dikecapi di negara kita ini.

PARTI KEADILAN NASIONAL dilahirkan. Ia dilahirkan ditengah tengah kemelut politik yang berlaku dinegara kita ini. Pelbagai reaksi diterima baik dari parti lawan mahupun dari pendokong parti pembangkang. Reaksi positif dan negetif ini adalah lumrah setiap kali reformasi dibuat bukan sahaja dalam politik tetapi dalam sebarang sektor dan jalan kehidupan.Jesteru itu ahli parti pembangkang harus memegang satu tekad yakni menjatuhkan Barisan Nasional dan menolak sebarang agenda lain selain dari menumbangkan kerajaan yang memerintah ini. Ini adalah satu tekad dan berpegang kepada tekad ini maka tidak ada persengketaan dalam menjalin perhubungan antara sesama pembangkang. Kita maklum sudah bahawa kita perlu REFORMASI , KITA PERLUKAN KEADILAN YANG SEBENARNYA , KITA PERLU MENGHAPUSKAN KEZALIMAN dan dalam ini KITA PERLU BERKORBAN dan KITA PERLU MENANG. Itu hasrat kita dan itu lah satu satu jalan untuk kita. KITA PERLU MENANG.

Barisan Alternatif perlu menang dan keperluan ini dapat membebaskan kita dari ketakutan dan kegerunan hidup dalam rumah sendiri.

 

KITA PERLU BERSATU MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL