KOMENTAR

Komentar 1

09.05.00

 

Mahathir mengarut kembali dalam Media pegangannya. Temuramah bersama Mahathir sempena Perhimpunan Agung UMNO penuh meloyakan. Apa yang sebenarnya Mahathir perlu tahu ialah beliau merupakan libiliti bagi UMNO. Idelogi Melayu berpecah kerana beliau dan corak pemerintahan beliau. Kezaliman yang beliau tunjukkan pada rakyat menyebabkan kita mual mendengar pesanan beliau. Beliau sendiri dilapurkan tertekan dalam UMNO. Perwakilan yang akan hadir dalam perhimpunan UMNO tahu akan keburukkan kepimpinan beliau. Perwakilan maklum apa yang telah dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Perwakilan takut sekiranya mereka diperbuat demikian oleh Mahathir. Komentar turut dimaklumkan bahawa Mahathir sendiri tertekan dalam UMNO. Suara-suara yang menentang beliau sudah bertambah. Apa yang tidak dilakukkan oleh ahli UMNO adalah untuk meminta beliau berundur.Ahli UMNO masih takut dan masih terikat. Vesi mereka untuk menunggu sehingga Mahathir bersara adalah vesi salah. Mereka harus mengadakan undi menolak Mahthir dari hanya berhimpun berkumpulan dan mengutuk pemimpin sendiri. Konsep Komentar lebih mudah, yang benar disokong dan yang salah ditentang. Budaya takut bukan budaya melayu dan tidak pernah menjadi budaya melayu biar dahulu mahupun sekarang.

Dari apa yang diperhatikan oleh Komentar, ahli UMNO takut menyuarakan pendapat mereka apatah lagi menentang Mahathir biarpun Mahathir jelas bersalah dan kejam.

 

UMNO SEDARLAH SOKONGAN SDR KEATAS KEZALIMAN TIDAK AKAN DAPAT DIMAAFKAN OLEH RAKYAT