KOMENTAR

 

Komentar 1

21.05.2000

 

Datuk Shahril menyelar UMNO dan memaklumkan jangan asyik mengharapkan terima kasih, Datuk Rais Yatim memaklumkan bahawa Buku Justice in Jeopardy 2000 sebagai berat sebelah kerana menampilkan isu-isu Anwar Ibrahim, Marina Mahathir mengatakan bahawa dengan adanya virus AIDS dalam badan atas kecuaian Doktor bukan ibarat hukaman mati, Rafidah dengan gopohnya cuba membunuh karier politik Siti Zaharah, Muhiyuddin dikatakan cuba bermain politik di Johor, Musa Hitam senyap atas isu pencabulan hak asasi manusia, polis kini dikaitkan dengan keganasan dan keADILan  terus bergolak dengan Chandra menjadi isu media internet.

 

Dalam semua kemulut yang ada, sesuatu yang pasti adalah, didalam dinding tinggi 4 segi, dikelilingi pagar-pagar besi, terkurung atas dosa yang tidak pernah dilakui ada seorang hamba Allah, yang memperjuangkan keadilan, yang memperjuangkan keislaman, yang memperjuangan kebenaran serta ketelusan , masih terpenjara, masih dikurung dengan rakus oleh mereka yang menyalahgunakan kuasa, masih perlu pembelaan dari kita, masih gagah merintangi masa, masih ditakuti oleh kepimpinan yang berdosa.

 

Sdr Anwar Ibrahim, kami diluar kini sesat tanpa arah. Kami disini hilang, teraba-raba dalam terang ,kami disini masih menanti apakah caranya lagi, bagi menentang kezaliman dan mempertegakkan keadilan.   

 

Sdr Anwar Ibrahim, kami mahu perlakukan semua, membela nasib bangsa, membela agama dan membela kedaulatan Malaysia. Sdr Anwar Ibrahim, mungkin resah ini tidak diketahui, kerana suara dan langkah telah dibatasi, tetapi sini sahaja boleh kami taburi, hasrat mahu menuntut pembelaan agar kezaliman berlalu pergi.

 

Saudara semua,

 

Apakah perjuangan ini semakin hari semakin sejuk ? Apakah kesepian mula terasa oleh Sdr kita yang segalanya diikat walau jiwanya tetap merdeka ? Apakah langkah kita cacat kerana perjuangan yang dilaksanakan adalah kerana mahu darjat dan pangkat ?. Apakah keikhlasan kini bertukar menjadi hipokrit lantas perjuangan ini tergelincir dari matlamat ? Apakah kerana setitik nila dalam Parti Keadilan Nasional yang luhur dan ikhlas kini tercemar.

 

Kepimpinan MPT,

 

Darah diluar telah mengalir, masa depan sesetengah insan terubah demi pengorbanan menuntut keadilan namun mereka tidak meminta penghargaan. Mereka tidak meraung kekesalan tetapi apa yang tetap mereka katakan adalah LAWAN TETAP LAWAN

 

Kepimpinan MPT,

 

Rayuan ini diteruskan. Ada antara kamu sedar akan peralihan landasan perjuangan ini, ada antara kamu sudah menampakkan kekesalan kepada beberapa kepimpinan yang setakat ini rakus mengenggam kuasa. Antara kamu tahu penyelewengan itu dan tahu bahawa perubahan perlu diadakan dalam keADILan.

 

Kepimpinan MPT,

 

Apakah suara-suara puluhan kamu terus membisu atas pergolakkan politik tanah air. Apakah kini mereka menyesali perjuangan ini ? Sdr MPT semua, kita tahu, kamu tahu tetapi yang tidak tahu adalah rakyat  yang tersisih selepas kekalahan pilihanraya.

 

Kepimpinan MPT satu pesan ikhlas :

 

Yang benar, kita perjuangkan,

Yang salah kita tampilkan agar tidak lagi menjadi penghalang perjuangan.

 

Jangan kita pula diselar kerana membela beberapa kerat kepimpinan yang jelas lebih rakus dan tidak bertanggung jawab.

 

Insyallah kita akan berjaya tanpa mereka yang hanya menangguk di air keruh,berbudayakan nafsu ingin berkuasa dengan bertuhankan kehendak diri yang tidak terbatas.

 

Komentar- biar seribu tuduhan keatas kami kelak, dalam usaha menuntut keadilan dalam keADILan tetapi kami percaya kebenaran yang Komentar perjuangkan akan kelak menjadi pembuka mata.