BUKANKAH INI SANDIWARA ?

Mohtar Abdullah menyatakan bahawa Hukuman Maksimum seumur hidup bagi anggota Al~Ma'unah tidak wajar kerana mereka telah menunjukkan keinsafan atas kesalahan mereka.

Anggota Al-Ma'unah yang mengaku bersalah atas tuduhan Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan akan di penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara dan denda.

Komentar hairan kenapa Mohtar Abdullah membuat rayuan agar hukuman mereka di ringankan. Ini hanya mengelirukan kita. Bayangkan insiden yang mengakibatkan kecurian senjata dan peluru, pembunuhan anggota polis dan kononnya cuba menguling kuasa kerajaan memerintah : MOHTAR ABDULLAH MINTA HUKUMAN DI RINGANKAN.

Kes yang melibatkan rasuah yang tidak melibatkan duit, meliwat tanpa saksi sah dan tanpa bukti kukuh di kenakan hukuman 15 tahun.

Hakikatnya INI SATU SANDIWARA. Hakikatnya MOHTAR ABDULLAH mempunyai agenda tersendiri. Hakikatnya MAHKAMAH sekarang di bawah telunjuk Mahathir dan Mohtar adalah tali barut kejijikkan Mahkamah.

Komentar