KOMENTAR

 

28.07.2000

 

SALAM REFORMASI,

 

MALAYSIAKINI DILANDA MASALAH?

 

Capaian MalaysiaKini salah satu Laman Web Berita Formal kini tidak boleh dicapai?  Apakah masalah mereka? Pengendali Laman tersebut telah menyatakan bahawa akibat ramainya pengunjung lantas terpaksa menukar “server” adalah punca capaian tersebut tidak dapat dibuat. Sungguhpun begitu error 403 ini sudah menjejaki hari ke 4. Apakah masalah yang melanda MalaysiaKini. Setakat ini penjana utama MalaysiaKini Sdr Fathi Aris masih tidak memaklumkan kepada kami punca laman ini tidak boleh dicapai. Beberapa email telah dihantar oleh Komentar kepada Sdr Fathi Aris untuk mendapatkan penjelasan tetapi usaha tersebut gagal. Kemungkinan capaian email MalaysiaKini turut terjejas. Komentar semakin tertanya apakah masalah mereka yang sebenarnya ? Apakah MalaysiaKini menghadapi masalah teknikal atau sebaliknya. Apa pun Komentar berharap Malaysia Kini dapat beroperasi semua. Komentar memohon agar penjana utama Malaysia Kini yakni Sdr Fathi Aris dapat memaklumkan keadaan sebenarnya.

 

Komentar.