Chinese Maxims
" A real mistake is committed when one refuses to correct his mistakes."

Salam Reformasi
22-07-2001

Apakah tiada kebenaran seperti apa yang tercatat diatas? Apakah ini bukan sesuatu yang boleh diambil ikhtibar oleh kerajaan yang memerintah dan juga kita yang mahu memperjuangkan agar demokrasi dalam ertikata yang bersesuai dan bukan demokrasi yang keras dan semakin basi bawaan kepimpinan UMNO. Itu UMNO, memikirkan lebih-lebih berkenaan dengan UMNO juga tidak berfeadah. 

Kita cerita tentang Likas yang mana keADILan tewas dalam pilihanraya yang baru berlalu. Apakah ikhtibar yang boleh kita ambil dari kekalahan itu? Apakah sebenarnya kekalahan itu berjaya memperkenalkan keADILan di Sabah seperti yang dikatakan oleh kepimpinan kita? Apakah kekalahan itu sebenarnya sudah kita jangkakan tetapi mahu tetap mencuba manalah tahu nasib kita baik lantas menang.

Apakah ikhtibar yang perlu kita pembangkang ambil dari hanya bersuara tentang pengundi hantu. Banyak yang perlu kita kaji sebelum menempuhi pilihanraya ke 11 nanti. Kita harus mengkaji kesilapan kita dan pengkajian itu seharusnya bukan dibuat oleh mereka yang menjadi punca kegagalan kita merebut lebih kerusi semasa pilihanraya ke 10 dahulu.

Komentar yakin andai kita dapat sedar dari kesalahan kita pada pilihanraya dahulu maka pilihanraya akan datang mampu menjadi pilihanraya yang lebih mencabar dari yang terdahulu.

Kepimpinan keADILan,

Ingatkan kembali, keadaan parti semasa kita mahu mengadakan pemilihan bahagian di saat kita akan menghadapi pilihanraya umum ke 10 dahulu. Justifikasi kepimpinan adalah untuk menunjukkan yang kita lebih demokrasi dari demokrasi dan kita lebih adil dari adil sehinggakan peluang menjana lebih kejayaan tergadai begitu sahaja. Fikir sendiri dan kajilah sendiri apa sebenarnya yang mahu Komentar katakan. 

Siasatlah moga-moga kita dapat mengetahui kesalahan kita lalu cepat untuk memperbaikinya.

Sekian