Komentar
19-03-2001

MISKIN KG MEDAN

Kedudukan ekonomi Kg Medan punca terjadi rusuhan. Kedudukan sosio-ekonomi kemasyarakat tempat itu dikatakan punca kejadian perselisihan antara 2 kumpulan, satu dari kaum Melayu dan yang satu lain dari kaum India. Disamping itu Datuk Seri Samy Vellu juga menuduh bahawa ini adalah angkara perbuatan orang luar yang mempunyai niat jahat. Mana yang benar Komentar juga terkeliru. Apa yang Komentar faham ialah kemiskinan dan budaya sosio-ekonomi yang tidak memberangsangkan bukan sahaja terdapat di kampung Medan tetapi juga di kawasan-kawasan lain. 

Bagi Komentar tahap kemewahan dan pembinaan projek mega telah mengorbankan rakyat yang sepatutnya dibela terlebih dahulu. Projek-projek Mega kerajaan telah menghakis hak yang sepatutnya diserahkan kepada mereka biarpun dari bentuk bantuan kewangan mahupun pinjaman kewangan. Rumah-rumah kos rendah boleh dibiaya terlebih dahulu sebelum Menara KLCC dan dan sebagainya dibina. 

Apa yang sebenarnya terjadi ialah pembahagian kemewahan yang tidak teratur menjadi sebab kenapa Malaysia masih lagi dibelenggu kemiskinan. Ini turut menjadi sebab kenapa negara mempunyai kedudukan ekonomi yang tidak stabil.

Kg Medan sudah mula terkenal. Apa yang sebenarnya berlaku dalam Kg itu hanya pihak berkuasa yang tahu. Rusuhan kaum atau sandiwara hanya menjadi persoalan minda kita. 

Kg Medan sudah mula berubah. Perubahan yang bakal berlaku adalah hasil dari terkorbannya sanak saudara yang dilapurkan oleh polis sebanyak 6 org sahaja. Malangnya pembangunan yang mula mahu masuk ke KG ini hanya ibarat menyapu sampah ke bawah tikar. Luaran bersih dalam berkelodak dengan kotoran. 

Kerajaan kita mula kita kenali. Sebagai kerajaan yang peka kepada kehendak kroni dan rakyat hanya sandaran kemewahan mereka. Ini harus kita perbaiki. Keadilan harus kita tuntut.

Apa yang penting sebagai langkah awal... BEBASKAN SDR ANWAR IBRAHIM sebagai simbol bahawa kezaliman sudah mula mati dan keadilan akan bertapak kembali.     

Komentar