E-mail : nazzman@gmx.net

--------------------------------------------------------------------------------

MINDA TERANIAYA DAN KESABARANKU SUDAH HILANG !!!

Airmata saya sudah mulai meleleh !!

Kesabaran saya sudah mulai hilang !!

Dengus kemarahan saya telah mula berkocak, berdebuk-debak di dada bagaikan bunyi keretapi pengangkut kargo yang melalui landasannya.

Saya bagaikan terpanggil pada pagi ini untuk menulis warkah ini untuk tatapan semua rakyat Malaysia yang mungkin senasib dengan saya…..tertipu, teraniaya, digula-gulakan…. di negara sendiri yang penuh dengan kedamaian yang pura-pura. Terlau banyak cerita sedih saya dengar dan terlalu banyak peristiwa pahit yang telah saya alami.

Di sana-sini rakyat bercerita tentang korupsi, fitnah, ketidakadilan pemerintah dan seribu satu macam kisah-kisah yang lain seumpamanya.

Di kedai kopi orang mengadu tidak puas hati dengan tindakan kerajaan, di kedai gunting orang kata Mahathir patut undur,

Di kantin sekolah cikgu-cikgu mendengus tak puas hati tentang gaji dan layanan kerajaan terhadap mereka.

Ketua-ketua pemuda parti pembangkang mengeluarkan kenyataan di sana sini menentang kerajaan dan keganasan pihak keselamatan berleluasa di sana sini.

Walaubagaimanapun kerajaan yang ada sekarang ini masih utuh, kalau tergugatpun cuma sedikit bak ranting pohon ara yang di tiup angin sepoi-sepi bahasa. Jentera-jentera UMNO sedang mengatur strategi untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang…berbagai muslihat sedang di atur…dari segi kewangan, sokongan dengan menggembeling seluruh kekuatan yang ada di dalam jentera kerajaan yang sedia ada.

Tapi sayang……….rakyat yang teraniaya masih lena……di buai mimpi indah…(asal perut aku kenyang, aku dapat makan cukuplah…biarlah orang lain yang reformasi..aku malas)……dan inilah yang selalunya mereka fikirkan.

Jika ini sikap yang ada pada rakyat Malaysia yang inginkan perubahan…lebih baik jangan cerita pasal perubahan, jangan cerita pasal reformasi, jangan cerita pasal keadilan………..cerita saja tidak mencukupi….percayalah.

Sedang kita bercerita di kedai kopi pasal reformasi…jentera UMNO sedang berusaha mengukohkan kedudukan kewangan mereka dengan merampas wang rakyat yang ada di PETRONAS, LTH, PERKESO dan lain-lain.

Sedang kita bercerita dikedai gunting tentang keadilan undang-undang…DSAI sedang dalam penjara tanpa mendapat rawatan kesihatan yang memadai dan di luar pemimipin pembangkang sedang di tangkap atas alasan-alasan bodoh yang di reka-reka.

Sedang kita bercerita tentang mufti di kotak-katikkan, jentera UMNO sedang giat merancang rapi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan di Terengganu…dan yang sayangnya kita masih hanya bercerita tanpa sebarang tujuan.

Air mata saya meleleh dengan lebih laju apabila mengenangkan semua ini. Apakah bercerita sahaja yang kita mampu ?

Wahai MAHASISAWA di menara gading…dimanakah perginya semangat perjuanagn kental yang kamu laung-laungkan…kalau setakat berkokok di kampus tiada gunanya…sedarlah…bangunlah..susunlah rancagna yang lebih rapi….himpunkan segala kekuatan ada…….tunjukkan diri anda yang sebenarnya..anda mampu merobah keadaan…..sejarah dunia telah membuktikan yang anda semua mampu.

Wahai AHLI PERNIAGAAN yang teraniaya …tiada gunanya mengeluhkan nasib.…bangunlah hari ini…..hulurkan sedikit bantuan kewangan demi untuk merobah masa depan negara…sumbangan ikhlas anda adalah untuk masa depan anda juga..demi untuk mereliasasikan kerajaan yang bersih dan mampu membahagikan kekayaan yang samarata !!!

Wahai KAKITANGAN-KAKITANGAN KERAJAAN yang yang inginkan kerajaan yang bersih cekap dan amanah…….bangun dari tidur…bongkarkan segala kegiatan buruk pemimpin kamu….kamu mampu melakukannya.

Wahai IBU-IBU DAN BAPA-BAPA…ajarlah anak-anak kamu erti kebenaran dan perjuangan yang tulus..hatta biar bayi-bayi yang baru keluar dari rahim ibunya mampu melaungkan kata keramat "reformasi".

Wahai 70% RAKYAT MALAYSIA YANG INGINKAN PERUBAHAN kenapa masih membantu kerajaan UMNO dari segi kewangan !! Jangan izinkan mereka menggunakan wang simpanan anda yang ada untuk tujuan kezaliman dan untuk mengisi tembolok sesetengah pemimpin mereka…..ajar mereka…..anda tau bagaimana untuk melakukannya !!

Bersatulah wahai REFORMIS semuanya………gembelingkan pasukan yang kental dan padu…gunakan setiap kudrat yang ada…hanya pejuang yang satu arah dan satu tujuan yang mampu mencapai kejayaan. Jangan takut pada momokan pasukan keselamatan yang di kuasai olehh pemimipin gila…..sedarlah ..setiap titisan darah yang mengalir adalah darah JIHAD………..setiap parut yang ada adalah tanda perjuangan anda untuk tatapan anak-anak dan keturunan anda kelak…..kita harus bangga bercerita tentangnya kelak.

Cukuplah bercerita….masa untuk itu sudah tamat…..sekarang masa untuk bertindak……….masa untuk bertindak…susunlah rangcangan yang rapi dan bersepadu………kayu sudah disusun…minyak sudah dicurah……….apa lagi yang ditunggu…..bakarlah api perjuangan !!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

Jangan tunggu 2004 untuk perubahan…dengan hanya bercerita..ingatlah jentera UMNO amat licik……..lakukan perubahan sekarang………jangan tunggu dan lihat…BERJUANGLAH UNTUK KEBENARAN….

 

Azman (Minda Yang Teraniaya)