PARTI MIC, PPP DAN IPF BERDASARKAN PERKAUMAN

 

Kami ingin memberi maklumat untuk pengundi India di Lunas bahawa ketiga tiga parti berdasar perkauman ia iru MIC PPP dan IPF tidak mempunyai semangat dan jiwa rakyat. MIC adalah parti parasit UMNO , PPP satu parti di BN tetapi tidak ada hala tuju. IPF adalah parti berunsur sistem kasta yang jahil dan primitif dan kejam.

MIC telah jadi hamba kepada Mahathir apabila skandal kes rasuah Samy Vellu berkaitan dengan Saham Telekom dimana Samy telah curi RM 60million , bila Mahathir mendapat lapuran dari BPR bahawa Samy telah berasuah, maka Mahathir menggunakan lapuran itu untuk menghambakan Samy Vellu. Hingga hari ini Samy hamba kepada Mahathir kerana Mahathir telah pun ugut dia , sekiranya dia berlawan dia kan dihukum .

PPP sebalik nya tidak ada modal perjuangan, Kaveas ia itu presiden parti itu pun tak dapat menyuarakan perjungan atau tuntutan untuk kaum India.

IPF yang di pimpin oleh Pandithan ia lah parti berunsur sistem kasta yang kolot zalim dan tidak adil. Sisten kasta ini telah pun di tolak oleh dunia sebagai yang langsung tidak adil; tetapi Pandithan mengunakan sistem itu untuk merayu sokongan dari India yang masih buta tentang penipuan mereka.

Ketiga tiga parti ini adalah parti yang tidak bermoral. mengamalkan tabiat minuman arak, bersamseng, dan buat maksiat.

MIC adalah parti yang bergantung kepada wang dan kuasa eksekutif. Kalua tidak ada kuasa MIC akan terus hancur macam UMNO.. MIC tidak mempunyai program untuk memperbaiki moral dan kekuatan kerohanian orang India. Ini mengakibatkan orang India terus dilanda oleh masalah sosial saperti mabuk arak, bergandster dan jadi jahat.

Orang India yang majority keturunan Dravdian , mempunyai buku suci mereka ia itu Thrukkural, MIC IPF dan PPP telah membelakangkan ajaran mulia buku itu dan terus ikut ajaran secular yang tidak memberi apa ilmu agama kepada kaum itu.

Pada hal Anwar Ibrahim ada lah orang Melayu pertama yang telah merujuk buku Thirukkural di Parlimen dan telah memberi sedikit maklumat tentang ajaran itu. walaupun yang sepatut buat itu ia lah Samy Vellu.

Samy telah langgar ajaran buku itu saperti megharamkan minumam keras judi dan lain maksiat, tetapi Samy terus berdiam diri dam membiarkan orang India terus rosak.

Sial beri informasi ini kepada pengundi India di Lunas.

 

Gopal

Kuala Lumpur.