Mesyuarat Sulit 23 Dis – Tersentak Mahathir

Dengan sokongan yang semakin pupus, Mahathir telah memanggil “confirmed
loyalist” beliau untuk suatu mesyuarat sulit pada Ramadhan lalu. Mesyuarat
di Putra Jaya itu dibuat pada 23 Disember dengan menghadkan hadirin HANYA
kepada mereka yang telah dikenalpasti kesetiaannya kepada Mahathir. (Sesiapa
yang tidak dipanggil – bolehlah disahkan bahawa Mahathir tidak mengira anda
sebagai penyokong setianya).

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk mengenalpasti siapa lagi di kalangan
mereka ini yang MASIH setia di belakang Mahathir. “Hidup mati bersamanya”.

Di awal taklimat yang diberikan oleh Mahathir dengan leteran yang panjang
lebar, Mahathir telah mengariskan masalah parti dan kepimpinan UMNO yang ada
sekarang. Mahathir kemudian meminta hadirin memberi pendapat dan pandangan
secara terbuka. Beliau menyatakan bahawa beliau ingin mendengar rasa hati
hadirin.

Namun, dewan sepi tiada siapa yang berani bersuara. Lama kemudian, bangunlah
Annuar Musa, seorang tokoh yang amat diketahui penyokong setia Mahathir.
Baik semasa berhadapan dengan Kuli mahupun ketika kemelut sekarang.

Annuar Musa amat memahami suasana berdepan dengan Mahathir. Maka, Annuar
mengatur kata dengan cukup teliti dan berselindung sambil berlapis-lapis
kiasannya. Punya banyaknya kiasan dan selindungan kata Annuar, hinggakan
hilang maksud yang hendak dikatakan. Namun, di akhir padangan beliau
tersebut terselit maksud bahawa, adalah lebih baik untuk parti dan perpaduan
Melayu jika Mahathir mengundurkan diri secara baik dari kepimpinan parti dan
negara.

Itu sahaja yang Annuar kata. Tetapi, walaupun kata-kata Annuar penuh
berlapik, ianya terlalu pahit untuk diterima oleh Mahathir. Terutamanya
hadirin yang dipanggil sudah dipastikan kesetiaan mereka HANYA terhadap
Mahathir. Kalau di kalangan “loyalist” pun belum PASti sokongan padu untuk
Mahathir, maka beliau bertambah panik.

Annuar kemudiannya diberitakan telah menerima kata putus dari Mahathir supaya
melucutkan semua jawatan parti yang sedang dipegangnya. Bukan sekadar itu,
malah dilaporkan juga bahawa beberapa anggota SB telah pun memasuki dan
mengeledah rumah Annuar Musa. Annuar kemudiannya telah meninggalkan Malaysia
untuk memohon perlindungan Allah Azzawajalla di kota Makkah sambil
mengerjakan umrah.

Seorang teman rapat Annuar yang baru semalam bertemu IB menceritakan juga
bahawa, Annuar kini sudah pun bertekad dan bersedia untuk didiamkan dalam
penjara untuk tempoh masa sekitar 5 tahun jika Mahathir ingin menggunanya
sebagai kambing hitam untuk usaha “kononnya” membersihkan imej kerajaan!

Sekian

Ibrahim Baba

12 Januari 2001