KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

11.06.2000

Salam Reformasi

 

Mereka menang tapi hati tetap tidak senang,

 

Barisan Nasional menang dengan penurunan majority. Penurunan tersebut dikatakan oleh mereka berpunca dari peratus keluar mengundi yang rendah. Komentar ingin memaklumkan juga kepada Barisan Nasional bahawa penurunan majority bukan sahaja akibat peratus keluar mengundi yang rendah tetapi juga kerana kemenangan BN yang penuh dengan manipulasi. Ketua Pemuda UMNO , Dato Hishamuddin mengatakan bahawa satu siasatan akan dibuat atas sebab-sebab kejatuhan majoriti kemenangan di Teluk Kemang. Komentar menasihati Dato Hishamuddin supaya meneliti kurangnya sokongan sekarang terhadap UMNO yang kini BUKAN WADAH perjuangan MELAYU. Kemenangan BN adalah hasil sokongan parti sekutunya dan bukan UMNO. UMNO mula usang dan terpingiir dari mendapat sokongan dari golongan muda yang akan memulakan penglibatan mereka pada pilihanraya 11 kelak. Ingat golongan muda ini akan hadir dimasa pilihanraya nanti. UMNO harus sedar bahawa mereka kini mengemis dipinggir BN

 

KOMENTAR