MEMORANDUM PRIHATIN RAKYAT KEPADA SUHAKAM

Berhubung Perbicaraan Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja

 

Suruhan jaya Hak Asasi Manusia diamanahkan untuk memberikan kesedaran dan perlindungan terhadap hak-hak asasi manusia di Malaysia. Kebebasan sistem kehakiman merupakan sebahagian utama perlindungan itu.

 

SUHAKAM haruslah berupaya menilai bahawa keputusan bersalah oleh mahkamah itu tidak dapat dipertahankan melalui bukti-bukti yang telah dikemukakan.Bagaimana mungkin sebuah mahkamah menghukum bersalah sesorang dengan menggunakan pengakuan yang dipaksa daripada tahanan yang mengalami penderaan fizikal dan mental? Malah bagi mereka yang jahil dalam bidang guaman, beberapa pindaan tarikh dalam pertuduhan itu jelas menunjukkan ketidakkukuhan bukti.

 

SUHAKAM mestilah mampu menilai bahawa perbicaraan itu telah dicemari dengan kepincangan tatacara perundangan, misalnya tidak mengizinkan tertuduh memanggil seorang saksi utama seperti Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan keterangan sedangkan paa awalnya Dr Mahathir sendiri berkata beliau bersedia hadir di mahkamah. Kenapa hakim kemudiannya memutuskan Dr Mahathir tidak boleh dipanggil sebagai saksi?

 

Keputusan mahkamah itu telah dikejam oleh perlbagai pertubuhan hak asasi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kini jelas kepada semua bahawa keputusan itu bermotifkan politik dan badan kehakiman diperalatkan oleh pihak eksekutif. Keputusan itu mengaibkan badan kehakiman dan negara ini. Satu kemusnahan dahsyat menimpa negara ini melalui manipulasi badan kehakiman untuk menjuruskan hukuman yang bermotifkan politik itu.

 

SUHAKAM tidak wajar membisu terhadap tragedi nasional ini yang telah menghancurkan institusi-institusi utama, seperti badan kehakiman. SUHAKAM mestilah memperakui secara terbuka bahawa perlindungan hak asasi tidak akan membawa apa-apa makna tanpa badan kehakiman yang bebas.

 

Kami, rakyat Malaysia yang prihatin,melahirkan rasa kecewa dan megutuk sekeras-kerasnya hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. Kami juga mengutuk hukuman keras tempoh penjara yang panjang ke Atas mereka berdua, serta hukuman sebatan rotan terhadap sukma.

 

Sabtu 11 Ogos 2000

Kuala Lumpur