KOMENTAR

Komentar 1

02.05.00

 

Memantau Berita

Dialog Masa Hadapan Negara di London

 

THE STAR 2/05/00 melapurkan bahawa Datuk Dr Rais Yatim dalam dialog “Masa Hadapan Negara”  yang diadakan di London telah menyarankan bahawa kita perlu ingati jasa-jasa Dr Mahathir, berhubung dengan pembangunan dan kerancakan proses kemodenan Malaysia. Lapuran The Star itu tidak salah, apa yang salah ialah etika mereka yang hanya mengambil skop perkara-perkara yang memuji Mahathir. Lapuran sipnosis dialog itu ada di siarkan dalam semua Laman Utama Pro Reformasi. Pada hakikatnya menghala sesuatu penulisan dengan tujuan menyelamatkan Mahathir dari di telanjangkan  atas kerakusan beliau  memerintah menunjukkan kredibiliti penulisan yang terkongkong. Jawatankuasa Monitor Media seharus bertindak melaksanakan “monitoring” terhadap tulisan dan lapuran yang jelas berat sebelah. Sebenarnya menurut lapuran Lokman Noor Adam, banyak isu penyelewenggan Dr Mahathir, kekejaman polis, kecacatan sistem kehakiman dan diskriminasi hak asasi manusia dipersoalkan dalam dialog tersebut. Dilapurkan juga bahawa Datuk Rais Yatim gagal memberi keterangan perihal persoalan-persoalan pokok yang menjadi asas perjuangan rakyat Malaysia. Jawatan Kuasa “Moniting Media digesa untuk memulakan langkah-langkah pemantauan terhadap berita-berita sedemikian. Selagi kita hanya berfiesta membakar surat kabar dalam melancarkan protes selagi itu isu sebenar tidak ditangani.

 

Komentar 1