(EMAIL
DARI PENDEKAR MELAYU )
Terlebih dahulu saya meminta Pengurus Laman ini
sekira dapat menyiarkan tulisan saya ini. Saya tidak mahu diklasifikasikan
tulisan ini sebagai tulisan politik kerana ianya lebih kepada mengajak kita
sebenarnya berdiskusi.
Kali ini kita melihat Isu Hak Keistimewaan Melayu,
yang baru-baru ini menjadi satu isu yang agak hangat diperbincangkan. Banyak
Laman-Laman Pro Reformasi sudah mula menulis perihal perkara ini. Saya percaya perkara
ini perlu di lihat dari sudut yang agak terbuka tanpa di pengaruhui oleh
sentimen-sentimen lain. Apakah isu ini sekadar mainan politik atau isu ini
benar-benar mencabar kewibawaan melayu. Bukanlah hasrat saya untuk
melaga-lagakan kita antara kaum tetapi dalam kita cuba memperjuangkan wadah
politik dan cita-cita politik, isu Melayu ini tidak sepatutnya dipinggirkan
oleh mana-mana pihak.
Isu Melayu adalah isu menyeluruh dan isu ini perlu
di beri pemerhatian yang kritis tetapi toleran. Sensitiviti isu ini amat tinggi
dan sensitiviti ini perlu di ambilkira oleh semua bangsa yang bernaung dalam
negara kita ini. Sungguhpun begitu
sensitiviti ini tidak bermaksud menghalang melayu bagi memperjuangkan hak dan
keistimewaannya. Sensitiviti ini juga tidak bermaksud hanya melayu perlu
toleran sedangkan kaum yang lain boleh membicarakannya secara terbuka. Kita
dari Barisan Alternatif, perlu juga melihat isu ini secara yang lebih relevan
dalam kita membicarakan tuntutan reformasi.
Menangani isu ini dengan lebih praktikal tanpa melibatkan agenda-agenda
mempolitikkan keadaan akan menunjukkan kematangan kita dalam politik dan
kesungguhan kita dalam memperjuangkan agenda kita tanpa krompromi baik dari
segi tuntutan reformasi mahupun isu melayu. Ingat isu keadilan, isu
mempertahankan hak dan kebenaran, isu Melayu TIDAK BOLEH DI KOMPROMI.
Mempolitikkan Isu Hak Keistimewaan Melayu
sebenarnya merugikan kita. Isu hak keistimewaan kita tidak boleh di peralatkan
dan tidak boleh diketepikan oleh mana-mana pihak baik UMNO, PAS mahupun
keADILan. Menangani isu ini secara terbuka dan praktikal mampu menjana
kecemerlangan bangsa kita yang masih agak kebelangkangan dalam pelbagai aspek.
Dari sudut ekonomi kita Melayu harus sedar bahawa
kita masih tertinggal jauh berbanding dengan kaum Cina. Apakah ketinggalan ini
kerana dasar kerajaan atau kerana Melayu itu sendiri? Apakah ketinggalan ini
harus di lenyapkan dari agenda kita? Bagi saya tidak. Kita perlu, atas dasar
Melayu memperjuangkan hak kita dan dan atas dasar kemanusiaan kita baik Melayu,
Cina, India dan apa bangsa sekalipun perlu memperjuangkan hak kita sebagai
rakyat Malaysia. Bukankah itu mencantikkan lagi perjuangan kita baik menuntut
reformasi mahupun menuntut hak kita sebagai Melayu. Renungkanlah, fikirkanlah,
saya mungkin tersilap tetapi setidak-tidaknya saya mahukan kejayaan kita
sebagai melayu tercapai disamping perjuangan kita menuntut perubahan dengan
menghapuskan kronisma, nepostisma dan korupsi. Perjuangan perlu ikhlas dan
lebih fokus.
Kita sedar dan kita akur pada perjuangan reformasi,
yakni menuntut perubahan dalam kepimpinan negara ini. Itu wadah perjuangan kita
tetapi dalam kita memperjuangan perkara tersebut kita buka juga minda kita
dalam melihat isu itu secara terperinci. Melayu perlu menentukan hak keistimewaannya
terjamin di tanah ini disamping kita menentukan islah dalam pentadbiran negara
ini.
Kita dokong perjuangan menuntut reformasi tetapi
kita seharusnya tidak buta apabila isu keistimewaan melayu dipersoalkan. Saya
percaya dengan sikap kita yang lebih fokus dan kritis maka kejayaan kita dalam
semua yang kita perjuangkan akan lebih membuahkan perubahan secara total.
Saya secara terbuka mahukan perubahan yang mana
dokongan perjuangan saya tetap dan teguh bersama tuntutan reformasi namun saya
akan terkilan sekiranya ada pihak yang akan menangguk di air yang keruh.
Seperti kata saya tadi berlaga tunggak siapa yang
rugi?
PENDEKAR MELAYU BERSUARA LAGI
TULISAN KEDUA