MELAYU BERPECAH “MANIPULASI POLITIK UMNO”

Komentar 7/4/2000

 

Pergolakkan dalam kaum Melayu kini sudah lebih ketara. Walaubagaimanapun pergolakkan atau apa yang di klasifikasikan oleh pemerintah sebagai perpecahan kaum Melayu adalah meleset. Melayu tetap Melayu dan ibarat “air yang dicincang ianya tidak juga akan putus”. Habis apakah yang diklasifikasikan oleh pemerintah sebagai perpecahan Melayu? Kenapa isu perpecahan Melayu digembar gembur sedemikian rupa sehingga Raja~Raja Melayu diminta untuk memainkan peranan kononnya untuk menyatukan Melayu semula. Apakah fahaman politik yang berbeza membuat melayu itu terpisah dari konsep kehidupan , kebudayaan , sosial serta ekonomi. Apakah perbezaan idealogi yakni tidak sehaluan dengan corak kepimpinan UMNO menjadi bukti sebagai Melayu terpisah. Kalau itu adalah rumusan UMNO maka kita boleh simpulkan bahawa cerdik pandai dalam UMNO nyata tidak secerdik dan sepandai yang kita sangkakan. Nyata kalau itu pula menjadi kesimpulan kita maka kita juga tidak secerdik dan sepandai yang disangka.

Sebenarnya dalam dilihat dari sudut politik isu perpecahan Melayu adalah isu yang dimanipulasikan oleh UMNO demi kepentingan politik mereka. Mereka tahu Melayu agak “sensitive” bila mendengar perpecahan Melayu sebagai satu kaum majority dalam negara ini. UMNO tahu sekiranya Melayu di minta membuat pemilihan antara menyertai menuntut perubahan  lalu menghancurkan melayu itu sendiri dengan memilih untuk menyokong UMNO dan mengekalkan KONONNYA perpaduan melayu, maka pemilihan untuk mengekalkan perpaduan akan menjadi pilihan. Semestinya UMNO juga akan memainkan isu perhubungan antara kaum yang mana sekiranya Melayu terbelah maka kaum Cina pula akan menjadi tunggak kepemerintahan negara. Kenapa perlaksanaan isu ini digempar-gempur sudah nampak sedikit jelas. Desakan untuk terus menerajui dan memerintah negara adalah penyebabnya. Isu ini akan menjadi isu utama untuk 3-4 tahun akan datang bagi membenarkan UMNO terus menerus memerintah dan terus menerus membahagikan Melayu kepada golongan pemerintah dan golongan hamba yang diperintah. Habis kesimpulan kita yang mengatakan bahawa UMNO tidak secerdik dan sepandai yang dikatakan terus meleset. Mereka bijak mengatur strategi dan strategi ini diatur dengan kekuatan kewangan dan kekuatan jentera kerajaan yang digunapakai untuk terus mengenggam kuasa pemerintahan. Bukankah cantik permainan ini? Kita didepankan dengan isu perpecahan kaum melayu dan seterusnya isu ini diperbesar-besarkan sehingga mereka yang belum jelas erti perjuangan membebaskan negara dari kancah rasuah,kronisma dan nepostisma tersangkut dan terpaksa mengekalkan kepemerintahan korup kononya demi perpaduan  MELAYU. Ini strategi dan ini dijangka akan menjamin kemenangan dalam UMNO menuju ke tahun 2004 yakni ke pilihanraya ke 11 nanti. Isu perpecahan Melayu dan isu meminta kesultanan Melayu membantu menunjukkan bahawa isu ini akan terus menjadi “gimmik” UMNO sehingga Melayu dapat disatukan dalam menyokong pemerintahan korup UMNO.

UMNO sekarang jelas bermain api dan mengenggam bara. Alang-alang biar terus hangus dan terus terbakar. Namun menyerahkan kepimpinan negara kepada mereka yang mahukan ketelusan dan keadilan akan terus melenyapkan kepentingan tersendiri. Ini tidak boleh berlaku. Ini menjejaskan perniagaan mereka dan bukit harta kita akan terus lenyap. Silap-silap kita akan dipenjara atas kesalahan rasuah dan seterusnya merengkok sehingga akhir hayat. Maka dengan itu kita harus terus mengaburi mata rakyat dengan erti pembangunan yang meleset. Kita cerita tentang pemberian subsidi supaya mereka tetap boleh dibeli. Kita cerita tentang pemecahan Melayu supaya tetap mereka boleh dijadikan hamba selalu. Kita akan terus memerintah dan keluarga kita akan terus mewah. Itulah cita-cita mereka dan itulah kemungkinan pergorbanan kita sebagai rakyat jelata.

Kini kita lihat isu ini semakin hebat. Malangnya satu yang pasti kita belum lihat Barisan kita yakni Barisan Alternatif bergerak menangani isu ini.

 

Kita perlu memulakan langkah bagi menangani isu ini dan jangan kita salahkan rakyat kelak sekiranya mereka terpedaya dengan helah UMNO. Kita harus menyusun langkah dan bijak pandai kita harus memulakan jentera yang dikurniakan ALLAH yakni akal kita. Ambil ikhtibar dari saranan Tn Guru Nik Aziz dalam Eksklusif keluaran “7/4/2000” . KITA JANGAN LEKA.