KOMENTAR

 

15hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

UTUSAN MALAYSIA MAIN POLITIK DENGAN KONONNYA PENGHAPUSAN HAK MELAYU DILAUNGKAN OLEH RAKAN CINA KITA.

 

AWAS

 

Isu Hak Melayu seperti yang dimaklumkan oleh Utusan Malaysia HANYALAH mainan Dr Mahathir untuk meneutralisasikan sokongan terhadap pembangkang oleh orang Melayu. Komentar dimaklumkan bahawa dengan menggerakkan MCA dan pertubuhan Cina lain supaya mempersoalkan hak asasi melayu, UMNO berharap Melayu akan bersatu semula atas dasar hak keistimewaan mereka tercabar. UMNO sudah mula mahu mencetuskan sedikit api perkauman dengan andaian ini akan dapat menggabungkan Melayu sesama Melayu. Usaha sebegini seharusnya dikecam kerana menaikkan sentimen perkauman merupakan satu strategi mereka yang amat bahaya. Sungguhpun UMNO “desperate” dalam usaha untuk mengembalikkan majority Melayu kepada UMNO tetapi permainan sedemikian amat merbahayakan.

 

Hentikan Sandiwara tersebut.