KOMENTAR

Komentar 1

10.05.00

 

Sorong papan tarik papan,

Buat keranji atas peti,

Suruh lawan macam mahu lawan,

Rupanya lari dari reformasi,

 

Usia kita baru melewati 1 tahun. Perjuangan kita belum mencapai 2 tahun. Mentah dan memang mentah, tetapi barang harus diingat, kematangan kita melebihi usia kerana kita didedahkan pada saat dan ketika, politik murni dicemari, kedaulatan undang-undang di langgari, kezaliman terus menjadi-jadi dan keadilan……dibawa pergi. Kita dimatangkan oleh keadaan. Kita berjuang demi kesedaran, kita tentang demi menghapus kezaliman dan kita berusaha menuntut keadilan.

Sesudah kita lalui proses pilihanraya, apa yang jelas ia-lah mereka menjadi tukang kira dan mereka jugalah tukang atur. Kita lalui proses pilihanraya, apa yang malang mereka pedaya rakyat dengan wang dan disekatnya media agar mereka terus terbuta dengan kezaliman perlakuan mereka yang menjunjung Dr Mahathir. Kita lapurkan kepada polis tentang kezaliman polis, agak lucu juga sehingga kini tidak mendengar cerita. Kita lapurkan kepada polis rasuah Rafidah tapi malang polis akur dengan Ketua PDrM. Harus mahu apa lagi kita lakukan?

 

Kita tuntut REFORMASI dengan memberi tekanan melalui perhimpunan aman tetapi sedih, BUKAN SAHAJA KERAJAAN menghalang MALAH SUARA~SUARA DALAM  PARTI CUBA  MENGHENTIKANNYA.

 

Aduhai anak Melayu,

 

Kenapa buta kepada kezaliman yang lalu depan mata,

Kenapa bisu kepada ketidakadilan yang jelas dilakukan sewenang-wenangnya,

Wahai kita anak Melayu,

Pendekar kita terpenjara dengan segala kezaliman mengigit kehidupannya,

Dengan segala ketidakadilan yang memenjara jasadnya ,

Dengan kesalahan hanya mengatakan kebenaran dan bukan kepalsuan,

Anak Melayu,

Lusa mu kelak ditentukan mereka,

Keringkat mu kelak menjadi penebus dahaga,

Darahmu kelak jadi sandaran baja untuk membuahkan hasil buat mereka,

Kerana yang lain sudah jadi milik mereka,

Anak Melayu,

Apakah esok keadilan akan segera kembali,

Apakah lusa kezaliman akan dibelai,

Apakah kelak segala ini boleh dilupai,

Anak Melayu,

Yang jaguh jadi semangat,

Yang berani jadi sandaran,

Yang berilmu jadi harapan,

Demi menuntut masa depan yang adil,

 

Anak Melayu,

Bangkit dan bunyikan semboyan,

Kerana perjuangan belum tamat,

Kerana perjuangan belum selesai,

Kerana perjuangan perlu diteruskan,

Agar Melayu terus menikmati, hasil rakyat untuk rakyat,

Demi kita Melayu, jangan dayus dan terus layu,

DEMI KITA MELAYU

 

Melayu.