KOMENTAR

Komentar 1

13.05.2000

 

13 Mei 2000. Hari ini sejarah mengingatkan kita tentang peristiwa hitam tahun 1969. Peristiwa hitam ini mengingatkan kita akan kegelisahan antara dua kaum terbesar Malaysia yakni Melayu dan China. Kegelisahan ini membawa kepada peristiwa pertumpahan darah  antara kaum. Perkara ini mengoncang kestabilan politik di negara ini. AL HAMDULILAH , perkara ini telah berlalu. Pergeseran antara kaum kini sudah berakhir. Semua kaum sedar akan kerugian kita sekiranya persengketaan terus-menerus berlaku.

Malangnya keadaan negara kita sekarang ini bergolak semua. Melayu kita berbeza idealogi. Melayu sudah berpecah mengikuti arus politik yang berkehendakan pemantauan. Melayu yang suatu masa dahulu tidak bergolak sebegini hebat kita ditampilkan dengan keadaan yang tidak selesa. Penolakan kepada UMNO jelas. Hanya ahli-ahli UMNO yang cuba mengelak dari mengakui perkara ini. Puncanya jelas. Pembelaan mereka terhadap Presiden, mereka menolak segala kesalahan perlakuan kepimpinan mereka termasuk pengamalan rasuah, kronisma dan nepotisma.  Pembelaan mereka terhadap pencabulan yang begitu ketara keatas perlakukan songsang Presiden mereka dihalalkan oleh ahli mereka. Sikap tidak berperikemanausian inilah yang menjadikan Presiden mereka satu libiliti pada Melayu. Jelas mereka menutup mata atas kesongsangan yang berlaku dan berharap isu pemecatan Anwar dan reformasi akan hanya berlaku pergi. Perhimpunan UMNO kali ini didedahkan dengan perasaan jijik masyarakat terhadap UMNO. Mereka sedar rakyat kini menolak UMNO kerana kehadiran Dr Mahathir sebagai Persiden yang menghalang kerusinya dipertandingi. Rakyat UMNO tunduk merestui seolah-olah bala yang tragis akan menimpa mereka sekiranya mereka engkar atas kehendak Mahathir.

Rakyat UMNO masih berbudayakan ketakutan. Mereka takut untuk menegur apatah lagi mendesak Presiden untuk turun tahta bagi menyelamatkan perpaduan melayu. Presiden UMNO dari ceramahnya lebih menyalahkan wakil-wakil rakyat yang tidak turun ke “grass root” Mahathir tuduh wakil-wakil UMNO gagal menerajui perperangan ini. Perwakilan hanya diam dan bertepuk biarpun diantara mereka tahu perpaduan dalam UMNO sedang terguguat hebat…

 

SEKIAN SAHAJA.

 

 

KOMENTAR 1