MEGAT JUNID DENGAN AKUAN-AKUAN SUMPAH NYA…BIARKAN LAH BIARKAN LAH

Komentar 5/4/2000

 

Bila Luncai mengajar pendayung-pendayungnya lagu “Luncai terjun dengan labu-labu nya” lalu diikuti mereka “biarkan lah ..biarkan lah”  maka tertipulah mereka lalu terlepaslah Luncai dari hukuman. Awas Luncai terbit lagi di mahkamah. Kini mengajar kita lagu surat akuan berkanunnya. Maka menjeritlah lagu barunya “dan Anwar telah difitnah, dan Anwar telah difitnah……maka tidak pula kita dari mereka yang mendokong reformasi melaung-laungkan “biarkan lah biarkan lah”. Malah kita bangkit untuk menuntut kebenaran sebelum kita dipermainkan mereka. Kita tidak menjerit “biarkan lah , biarkan lah” tetapi kita terus berusaha untuk menegakkan kebenaran dan menuntut keadilan. Kita tidak lagi boleh ditipu mereka. Kita tidak boleh lagi di permainkan oleh mereka.

Megat Junid tiba-tiba hadir memberikan akaun berkanunnya,berikrar mengatakan bahawa beliau percaya Anwar difitnah. 27 March 2000, lahirlah pengakuan beliau dan beliau sebagai bekas Menteri mengumumkan bahawa beliau percaya Anwar difitnah. Sekian lama dan setelah sekian penderitaan dialami oleh Anwar dan rakan-rakan seperjuangannya baru kini mahu memberi pengakuan. Ini adalah pengakuan pertama dari seorang bekas menteri yang rata-rata dikaitkan sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam kes konspirasi terjijik di Malaysia. Apakah pengakuan beliau ini memberi beliau tiket untuk melepaskan diri dari hukuman? Apakah pengakuan ini akan menyebabkan kita reformis akan berlagu bersama-sama dan menjerit “biarkan….lah……biarkan…..lah” lalu terlepaslah Megat Junid dari hukuman? Megat Junid tidak perlu mengikuti helah Luncai kerana kami telah mula peka kepada teknik dan tektik jijik para konspirator dalam kes Anwar Ibrahim.

Megat Junid harus faham bahawa apa pun pengakuan beliau, beliau tetap berdosa selagi kemerdekaan negara ini tidak dikecapi dari Mahahtir. Beliau masih berdosa pada keadilan sekiranya Anwar masih tetap dipenjara. Beliau masih berdosa sekiranya penderitaan rakyat dalam menuntut kebenaran dan keadilan belum terbela. Beliau akan terus berdosa dan terus dihina seandainya negara ini masih tidak bebas dari percaturan Mahathir. Beliau masih berdosa dan beliau tetap akan berdosa sehingga beliau dapat menebus dosanya dengan terbitnya keadilan dan kedaulatan undang~undang dalam negara.

 

Megat Junid menjerit  “Anwar di fitnah……Anwar di fitnah……” lalu kita diam dan terus menumpukan kepada agenda kita. Sungguhpun begitu kita mengucapkan ribuan terima kasih kerana akuan berkanun tersebut sedikit sebanyak membantu dalam usaha kita menuntut kebenaran.

 

Komentar