Oleh Pena Suasa

 

Megat Junid perlu redha ketentuan Allah

 

TAN SRI Megat Junid Megat Ayub pilu dan sayu bila bercakap soal kerusi Parlimen Pasir Salak. Dia yang dipindahkan ke Parit, terjerumus dan menyifatkan kekalahannya kerana “pengundi” tidak mahu ditipu lagi buat sekian kalinya, asyik diwakili orang luar.

Sasaran kecaman Megat tentunya Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak yang Megat Junid dakwa kerana dialah Ramli dapat jadi Menteri Besar.

Megat Junid buat-buat tidak tahu bahawa Allah menghukum dia. Belajarlah redha dengan ketentuan Allah. InsyaAllah tenang jiwa dan tenteram fikiran. Segala-galanya ditentukan Allah di atas apa yang menimpa dirinya. Dia kini sudah tidak mempunyai kawan-kawan kecuali kawan-kawan berjudi. Salah seorang darinya, seorang Cina bergelar Datuk yang menjadi saksi pendakwa kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Megat usah buat-buat lupa bahawa rakyat memang menolaknya. Walaupun dia mendakwa menang dengan majoriti 17,000 undi di Pasir Salak dalam tahun 1995 dan Ramli hanya menang dengan majoriti 5,000 sahaja, tetapi bukan kerana dia lebih popular dari Ramli.

Situasi politik 1999 yang menyebabkan banyak kerusi BN tewas. Banyak tempat kemenangan BN merosot. Tak kanlah Megat tidak tahu. Apa yang terjadi di Parlimen Shah Alam, Titiwangsa dan Wangsa Maju. Bukan kerana apa-apa tetapi kerana populariti Anwar Ibrahim yang bermata lebam mendapat simpati rakyat.

Percayalah Megat, usah dikesalkan apa yang sudah berlaku. Megat pun sudah cukup kaya selama dia menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Megat beri lesen AJL (direct selling) kepada kawan-kawannya termasuk rakan artis Zainuddin Zimbo. Zainuddin memang kawan baik dengan Zeila Jalil, isteri muda Megat Junid.

Masa Megat di KDN, bukan sedikit yang dapat peluang berniaga hamba abdi termasuk kawan baik Megat Junid, Tajudin Abdul Rahman dan anak-anak serta isteri muda Megat. Nantinya Megat akan menafikannya tetapi kisah ini semua orang tahu.

Cukuplah apa yang Megat ada. Usah bantai Ramli kononnya Ramli punya sebab yang menyebabkan Megat tersembam menyembah bumi. Megat akan kalah walaupun dia bertanding di Kubang Pasu, Kedah. Masa Megat jadi Menteri, dia lantik tukang kebun sekolah jadi Setiausaha Politiknya. Nama dia Mat bin Abu. Mat punya sombong, lebih dahsyat dari Megat punya kesombongan. Matlah yang buat kerja “kutip duit” pada Cina-Cina yang kena buang daerah kalau ada kes ekor haram dan lain-lain.

Mat juga buat kerja hidupkan lesen senapang Cina. Mat juga tolong kenalkan Cina-Cina yang buat kerja “kotor” pada Megat. Megat mungkin kata dia tak ambil apa-apa dari Cina-Cina ini tetapi Mat kaya raya dengan projeknya itu.

Di Pasir Salak, boleh dikatakan semua orang tahu Megat didakwa terlibat dengan pembunuhan Allahyarham Mustakizah Jaafar , gadis dari Muar dan anak seorang guru. Orang Pasir Salak juga tahu bahawa Megat kaki judi. Setiausaha-setiausaha Megat juga tolong carikan “kaki” setiap kali Megat nak berjudi. Ini semua orang tahu. Cuma, kawan-kawan, sanak saudara Megat dan penyokong-penyokongnya tidak berani, tidak tergamak untuk memberitahunya. Sudah lama betul mereka geramkan Megat. Kemuncak kemarahan ini mereka bercadang nak hukum Megat dalam pilihan raya umum ke 10, November 1999.

Malangnya mereka tidak dapat menghukum Megat kerana Megat cuba diselamatkan oleh Ramli. Megat dihantar ke Parit dan tugas menghukum Megat ini dijalankan pengundi Parit atas permintaan, doa dan gesaan pengundi di Pasir Salak. Megat kena terima ini dengan hati terbuka dan Perdana Menteri yang sayangkan Megat kerana banyak rahsia Perdana Menteri yang Megat tahu menyebabkan PM akan beri dia jawatan penting. Antara jawatan yang mungkin diserahkan kepada Megat ialah Setiausaha Agung Umno, secara full time.

Soal Megat yang menentukan Ramli jadi MB Perak usahlah diulang-ulang. Ramli sudah cukup banyak berbakti kepada Megat. Itulah sebabnya sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, walaupun Megat jarang balik ke kawasan, Ramli tetap mengekalkannya tanpa “pencabar”. Cuma Megat yang sering mengarahkan Tajuddin buat kacau untuk “menyulitkan” Ramli. Dan hari ini, Megat sudah “gila talak” bila tidak ada kerja, tidak ada kawan-kawan dari kalangan ahli-ahli Umno dan paling teruk, perwakilan dari seluruh Malaysia terpaksa menolaknya walaupun PM menyebut namanya dan buku tulisannya ketika Perhimpunan Agung Umno. Bukan sahaja orang Parit menghukum Megat, malahan perwakilan Umno dari seluruh Malaysia. Megat kena faham… dia menerima balasan apa yang dia buat terhadap Anwar Ibrahim. Allah maha adil dan maha bijaksana!

 

Kiriman Pena Suasa

Sungai Besi, Kuala Lumpur

 

 

A:Megat