KENYATAAN AKHBAR TIMBALAN KETUA PEMUDA keADILan
8 November 2000
 
 
Pergerakan Pemuda keADILan ingin mengingatkan kalangan pemimpin di negara ini
yang melatah apabila Senat Amerika Syarikat meluluskan usul dalam isu keadilan
terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 
Kalangan pemimpin ini juga dengan segera mengalihkan usul tersebut sebagai
campur tangan asing dan mereka yang terlibat sebagai pengkhianat negara.
 
Pergerakan Pemuda keADILan menyatakan bahawa teguran ini datang bukan sahaja
dari Amerika Syarikat, tetapi juga dari kalangan ulama Islam Utama Antarabangsa
seperti Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi, Dr. Sheikh Taha Jabir Al-Alwani juga dari
Pertubuhan Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Pertubuhan-Pertubuhan Islam
Indonesia yang mewakili lebih 35 juta ahlinya, juga dari Pertubuhan Antara
Parlimen Sedunia.  Ia jelas membayangkan bahawa teguran terhadap kepincangan
pengendalian kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim ini datang dari seluruh masyarakat dunia.
 
Pergerakan Pemuda keADILan juga dengan ini menyeru agar semua pihak di Malaysia
yang terbabit lebih bersifat terbuka dan profesional dalam menerima teguran dan
pandangan masyarakat dunia dan dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.
 
 
 
 
MUSTAFFA KAMIL AYUB
Timbalan Ketua Pemuda keADILan Malaysia
merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa
Pergerakan Pemuda keADILan Malaysia