Kenyataan Media Parti Sosialis Malaysia menunjukkan

bahawa pengundi-pengundi hantu wujud di Sg Siput (U)

Suruhanjaya Pilihanraya akui kehadiran pengundi misteri tersebut

 

SCAN DOKUMEN BERKENAAN BANTAHAN PENGUNDI (KLIK SINI)

SURAT SPR MELULUSKAN SENARAI NAMA PENGUNDI YANG BUKAN BERMASTAUTIN DI SG.SIPUT (U) (KLIK SINI)

 

KENYATAAN AKHBAR 16 NOV 2000 (PSM)

 

Komentar sempat menghadiri Kenyataan Media PSM bagi menunjukkan bahawa selama 3 pilihanraya Barisan Nasional Sg Siput telah mendaftarkan beberapa ribu orang pengundi luar kawasan Sg Siput ke dalam daftar pengundi Sg Siput.

 

Dimaklumkan senarai beberapa nama yang di bantah telah di terima oleh Suruhan Jaya Pilihanraya. Penerima ini jelas menunjukkan bahawa pengundian pilihanraya kita di selaputi dengan unsur-unsur penipuan dari kerajaan memerintah.

 

Satu lapuran siasatan awam SPR di SG SIPUT (U) telah di jalankan dan hasilnya jelas menunjukkan bahawa pengundi hantu hadir dan demokrasi kita sebanarnya di cemari.

 

Lapuran panjang mengenai Siasatan Awam SPR di SG SIPUT (U) telah di ajukan kepada Komentar.

 

Bukti kukuh juga telah di perolehi bahawa:

 

Wujud ramai orang pengundi luar di senaraikan pengundi yang tidak pernah bermastautin di Sg Siput.

 

Wujudnya penipuan dan pemalsuan tanda-tangan beberapa orang luar yang telah ditukar ke senarai pengundi Sg Siput.

 

Wujudnya penglibatan pemimpin-pemimpin MIC dalam penukaran pengundi luar ke senarai pengundi Sg. Siput (U)

 

Wujudnya satu konspirasi untuk menipu penduduk Sg Siput dan juga SPR dengan menukar ramai orang ke dalam senarai pengundi Sg. Siput (U)

 

Pada asasnya bantahan juga dibuat semasa pilihanraya di buat tetapi SPR tidak mengambil sebarang initiatif untuk membuat siasatan.

 

SALAH SATU SURAT BANTAHAN SEMASA PILIHANRAYA DI SCAN. KLIK SINI

 

Manakah demokrasi kerajaan kita?

Mampukan dengan segala penipuan ini hak rakyat di jamin?

MIC dalam isu ini harus malu dengan perbuatan pengecut mereka.

 

Komentar.