JANGAN GUNAKAN TAKTIK MENGUGUT

Selepas laporan akhbar yang bercanggah dan berputar-belit tentang sidang media yang diadakan oleh Ketua Polis Selangor dua hari lalu, pihak polis Selangor semalam telah mengeluarkan penjelasan. Dalam penjelasan itu dinyatakan bahawa pihak polis telah membuat laporan polis terhadap empat orang pemimpin BA. Polis akan memanggil mereka untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Kami meminta supaya pihak polis jangan terlalu cepat mengugut dan menakut-nakutkan orang dengan menggunakan sebarang Akta. Mereka mesti lebih terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan daripada anggota-anggota masyarakat. Jikalau tidak masyarakat ramai akan bertambah hilang kepercayaan serta kehormatan terhadap mereka. Bahkan ia boleh menimbulkan suasana yang tidak menggalakkan orang ramai merasa rela untuk bekerjasama ataupun berdialog dengan pihak polis.

Sebelum ini, pihak BA telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meminta bertemu untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara dan kepentingan rakyat. Mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Melalui kenyataan bersama BA, berikutan peristiwa Taman Medan itu, kami telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan masalah ini. Kami percaya cara yang baik untuk menyelesaikan apa saja masalah ialah dengan berdialog dan bukan dengan mengugut dan menggertak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DONíT USE THREATENING TACTICS

Following the confused and distorted media reports on the press conference held by the Selangor Police Chief two days ago, the Selangor police issued a clarification. It stated that the police had made a police report against four BA leaders. The police will call them to make statements under Section 4 of the Sedition Act, 1948.

We hope that the police will not be too quick to resort to any Act in order to threaten and create fear among the people. They must be more open to views and even criticisms from responsible members of society. Otherwise, the people will lose their confidence in and respect for the police force. Further, it can create an environment that will not encourage people to volunteer to cooperate or have dialogue with the police.

Prior to this, the BA has sent letters to the Home Minister and the Inspector General of Police requesting for meetings to discuss different issues connected with the security of the country and interests of the people. They have not given any response. Through the BA Joint Statement read to the media, in the wake of the outbreak of violence in Taman Medan, we expressed the desire to meet with the Home Minister to discuss this problem. We firmly believe that one of the ways to overcome any problem is through dialogue and not through threats and fear tactics.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM

16th Marc 2001