The statement is in English and Malay language

KENYATAAN MEDIA BARISAN ALTERNATIF (BA)

POLIS MESTI SIASAT PM

Bagi pihak Barisan Alternatif (BA), kami menggesa supaya Ketua Polis Negara mengarahkan penyiasatan ke atas beberapa kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkaitan keganasan yang berlaku di beberapa buah kampung di Taman Medan. Pihak polis hendaklah bertindak secara profesional, adil dan tidak berat sebelah.

Kami berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ialah menyebarkan khabar-khabar angin mengenai peristiwa di Taman Medan. Ini bertentangan dengan nasihat beliau sendiri dan juga seruan-seruan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri serta pihak polis, supaya berita angin jangan disebarkan oleh sesiapa.

Dalam beberapa hari yang lalu, Dr Mahathir telah berulang kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai perkara tersebut yang diberi liputan yang luas dalam media cetak dan elektronik. Hal ini jelas kelihatan daripada kenyataan yang dibuat oleh beliau pada 15hb Mac 2001, di Kuala Lipis selepas mesyuarat Bahagian UMNO di sana, sebagaimana yang dilaporkan melalui media. Sehubungan ini, pada 16hb Mac 2001 akhbar-akhbar The Star, The Sun dan Utusan Melayu telah melaporkan dua perkara yang kami pandang sangat serius.

Pertama, beliau dilaporkan sebagai berkata seperti berikut, “Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, khabar angin mengenai pergaduhan di Jalan Kelang Lama sengaja disebarkan supaya berlaku rusuhan agar kerajaan akhirnya dapat digulingkan. Perdana Menteri turut berpendapat khabar angin itu ada kaitan dengan parti pembangkang yang cuba menghasut dan menggunakan orang miskin untuk mencetuskan rusuhan.” (Utusan Melayu, m.s.1, Khabar Angin Sengaja Disebarkan –PM)

Kedua, beliau dilaporkan juga sebagai berkata, “Khabar angin yang disebarkan ini (mengenai pergaduhan di Jalan Kelang Lama) adalah suatu yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu ……. kita tak tahu latar belakang mereka. Mereka sengaja membesar-besarkan cerita kononnya beratus-ratus orang Melayu telah dibunuh supaya orang Melayu naik marah dan saya tak tahu mungkin di kalangan orang India juga cerita yang sama”. Kata Dr Mahathir lagi, mereka seterusnya berharap rusuhan itu akan berterusan yang berkemungkinan menyebabkan kerajaan dijatuhkan seperti yang berlaku di sebuah negara lain. (Utusan Melayu, m.s.1, tajuk sama).

Oleh kerana Dr Mahathir tidak menyebut namanya, kami menyeru supaya pihak polis menyiasat untuk memastikan parti-parti mana yang terlibat dengan penyebaran berita angin itu. Kami tidak pernah mendengar bahawa ada berita angin kononnya beratus-ratus orang Melayu dan India telah dibunuh. Mungkin Dr Mahathir mempunyai bukti mengenainya, kerana jikalau tidak beliau tidak akan menyatakannya demikian kepada media. Sekiranya bukti tidak ada, nyatalah Dr Mahathir sengaja menggunakan media untuk menyebarkan berita palsu. Ini perlu disiasat.

Kami menggesa Ketua Polis Negara mengarahkan penyiasatan ke atas kenyataan-kenyataan Dr Mahathir ini, supaya jelas kelihatan di mata orang ramai bahawa pihak polis sanggup bertindak secara profesional, adil dan tidak berat sebelah. Sekiranya pihak polis bertindak hanya ke atas kenyataan-kenyataan dari pemimpin dari parti-parti pembangkang saja dan tidak ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti-parti kerajaan, maka kepercayaan dan penghormatan rakyat terhadap polis akan semakin hilang. Kami tidak ingin melihat perkara ini berlaku.

Akhirnya, kami mendesak supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Penyiasat yang bebas serta berwibawa untuk menyiasat segala aspek daripada peristiwa malang yang berlaku di Taman Medan itu. Hasil penyiasatan polis ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir bolehlah dikemukakan kepada Suruhanjaya ini.

Y.B.Datuk Fadzil Noor, Presiden PAS Y.B.Dr Wan Azizah Ismail, Presiden keADILan Y.B. Kerk Kim Hock, Setiausaha Agung DAP Dr Syed Husin Ali. Presiden PRM

18hb Mac 2001

MEDIA STATEMENT ALTERNATIVE FRONT (BA)

PLICE MUST INVESTIGATE PM

On behalf of the Alternative Front (BA), we urge the Inspector General of Police to institute an investigation on several statements made by Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Prime Minister of Malaysia and President of UMNO, following the eruption of violence in a number of villages in Taman Medan. The police must act in a professional, fair and even handed manner.

We are of the view that what Dr Mahathir has actually done is to spread rumours on the events in Taman Medan. His actions are contrary to his own advice as well as calls made by the Home Minister and the police force that rumours should not be spread by anybody.

During the last few days, Dr Mahathir has repeated several statements on the same subject, which have been given wide coverage by the print and electronic media. This is particularly clear from the statements he made on 15th March 2001, in Kuala Lipis, after an UMNO division meeting there. In this connection, The Star, The Sun and Utusan Melayu of 16th March 2001, reported two items that we consider to be most serious.

First, Dr Mahathir was reported as follows, “The Opposition seems to be targeting the poor and poisoned their minds …… They do not have any sympathy for the people’s plight, their concern will only come when there is political mileage and based on this, I believe such clashes have a link to the opposition.” (The Star, p. 2, “Clashes have a link to opposition, says Mahathir”)

Second, the Prime Minister is also quoted as saying, “I do not know who is behind these rumours or their background but they had circulated rumours that hundreds of Malays had been killed. The same rumours are circulating among Indians that many of their people were killed. These people want the situation to continue in the hope that it will lead to riots like in a neighbouring country.” (The Star, p. 1, same heaadline)

Since Dr Mahathir did not name them, we call upon the police to investigate and verify which opposition parties were involved in spreading such rumours. We have never heard any rumour caliming that hundreds of Malays and Indians have been killed. Perhaps Dr Mahathir has his own evidence, for otherwise he would not have mentioned the rumours to the media. But if he does not have them, then Dr Mahathir might be seen as clearly manipulating the media to spread wild rumours deliberately. This needs to be investigated on.

We are urging the Inspector General of Police to institute an investigation on Dr Mahathir’s statements because we want the police force to be seen by the public as acting in a professional, fair and even handed manner. If the police acts only on statements made by opposition leaders and not those made by the government party leaders, then they can easily lose further their credibility and respect of the public. We do not wish to see this happen.

Finally, we also call for the establishment of a Commission of Enquiry to investigate into all matters related to the unfortunate incidents in Taman Medan. Findings from the police investigations on Dr Mahathir’s statements can be submitted to this commission.

YB Datuk Fadzil Noor,
President of PAS
YB Dr Wan Azizah Wan Ismail,
President of keADILan
YB Kerk Kim Hock, Secretary General of DAP
Dr Syed Husin Ali, President of PRM

18th Marc 2001