KENYATAAN MEDIA KELUARGA DAN PEGUAM DSAI

Keluarga dan peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah dengan sekeras-kerasnya keputusan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Badawi melalui pihak penjara untuk menyegerakan penghantaranDato' Seri Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh sebelum pembedahannya dilakukan. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga diarah supaya dipindahkan dari lokap atas ke bilik kurungan kecil yang biasa dikhaskan kepada pesakit jiwa atau sebagai hukuman kepada banduan yang bertindak ganas. Arahan yang dibuat setelah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Othman Desa dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri melawat lokap Dato' Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.

Sebelum ini panel doktor telah mencadangkan pihak penjara menyediakan paip air untuk mandi dan tandas yang bersesuaian serta tirai untuk mandi di mana kemudahan tersebut tidak ada semuanya. Pengubahsuaian telah dibuat di lokap kurungan kecil untuk memaksa Dato' Seri Anwar berpindah ke situ. Kami amat menyesali sikap Dato' Abdullah kerana sanggup mengambil tindakan peribadi dan bermotif politik untuk menambah penderaan terhadap Dato' Seri Anwar yabg kini dalam keadaan kesakitan akibat sakit tulang belakang.

Sebelum ini pihak peguam Dato' Seri Anwar telah memohon kepada pihak hospital untuk membenarkan pakar dari Jerman untuk memeriksa Dato' seri Anwar dan memberikan nasihat apakah jenis pembedahan yang paling sesuai dan mempunyai risiko yang paling rendah. Pihak kerajaan belum lagi membri kelulusan terhadap permohonan tersebut. Dato' Seri Anwar membuat permohonan untuk pakar dari Jerman bukanlah kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kewibawaan doktor-doktor Malysia. Permohonan tersebut adalah kerana :-

1. Kepakaran seperti ini tidak ada di Malaysia, sementara khidmat pakar yang ada di Malaysia bukanlah " dedicated spine surgeons " . Masyarakat perubatan di Malaysia telah mengesahkan yang kepakaran yang amat khususnya yang tidak terdapat di Malaysia.

2. Pakar yang di undang mempunyai pengalaman yang lama dan telah melaksanakan lebih dari 6,000 pembedahan tulang belakang dengan kadar kejayaan 90%. Kepakaran beliau yang khusus dengan mengunakan " endoscopic microsurgery " merupakan teknik yang terbaharu dan membawa risiko yang paling minimum, justeru itu ianya menjadi pilihan pada mana-mana pesakit.

3. Adalah menjadi hak mutlak kepada mana-mana pesakit untuk membuat pilihan terhadap jenis dan kaedah rawatan dan juga doktor yang merawatnya kerana ianya melibatkan batang tubuh sendiri. Justeru itu tidak ada pemerintah dan pihak berkuasa mempunyai hak untuk menghalang pilihan tersebut meski pun pesakit tersebut sedang menjalani hukuman. Hukuman tidak boleh menafikan hak mutlak individu terhadap tubuhnya sendiri.

S.N. NAIR & PARTNERS Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim 5 FEBRUARI 2001

diedarkan oleh.

" PSARAFHQ " 5HB.FEB.2001

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL