KOMENTAR

Kenyataan Media Ezam Mohd Nor pada 09.01.2001

Exco Pemuda keADILan yang telah bermesyuarat mengambil keputusan untuk mendokong penuh keputusan Majlis Tertinggi keADILan untuk menolak pelawaan UMNO bagi membincangkan isu perpaduan Melayu.

Dengan penolakkan ini menurut Ezam mohd Nor bermulalah senario politik baru yang tidak berasaskan perkauman.

Pemuda keADILan akan menjelajak seluruh negara untuk menerangkan konsep baru yang akan di jadikan asas politik Malaysia iaitu "Agenda Politik Baru"

2 program berasingan akan di laksanakan yakni untuk menerangkan kepada Masyarakat Melayu dan Masyarakat Bukan Melayu mengenai elemen "Agenda Politik Baru"

Pemuda keADILan akan berkerjasama dengan Pemuda Barisan Alternatif lain untuk tujuan ini.

Menurut Sdr Ezam Mohd Nor lagi satu buku kecil mengenai politik baru ini juga akan di edarkan. Satu pameran mengenai Pilihanraya Lunas yang menjadi satu indikasi kuat perubahan politik dan senario pengundi Lunas akan di buat.

Menurut Ezam lagi keputusan MPT dalam mesyuarat membincangkan pelawaan UMNO mengariskan bahawa tidak ada perpecahan dalam Melayu cuma yang ada adalah perpecahan dalam UMNO. Isu sebenarnya yang mengancam negara adalah isu rasuah, penyalah guanaan kuasa, isu kekejaman polis, kronisma , nepostisma dan kehakiman.

Perhimpunan besar-besaran akan di mulakan bagi tujuan ini bermula pada 27hb JAnuari 2001. Lapuran polis juga akan dibuat di seluruh negara mengenai penyalah gunaan wang rakyat untuk kepentingan sendiri oleh Dr Mahathir, Tun Daim dan Tan Sri Tajuddin Ramli. Kita ada cukup maklumat untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai kepentingan tertentu dalam isu "bailout MAS".

Menurut Ezam Mohd Nor perhimpunan juga akan di lakukan di  Masjid KLIA bagi membantah "bailout package MAS" dan akan membuat lapuran Polis di sana.

Menurut Ezam lagi Pemuda keADILan juga akan melakukan bantahan besar-besaran bagi menyuarakan suara rakyat FELDA akibat penurunan harga kelapa sawit yang begitu mendadak. Pada 21hb Januari 2001 Pemuda keADILan akan memulakan pembelaan di Felda Membaga Bentong.

Ini sepatutnya menjadi bailout package kerajaan dan bukan individu seperti Tan Sri Tajuddin Ramli.

Satu program lagi bagi membela penaman pokok kelapa juga diadakan. Kita akan kumpulkan seberapa banyak kelapa yang tidak terjual dan murah untuk dihantar ke Dr Khir Toyo bagi menunjukkan protes penaman kelapa yang kini dilanda kemelesetan.

Pemuda keADILan juga mengistiharkan tahun 2001 sebagai tahun berperang habis-habisan bagi menentang rasuah dan penyalah gunaan kuasa. Pemuda sudah bernekad bahawa tidak ada gertakan tangkap, dakwa dan lokap yang akan menghalang perjuangan ini.

Menurut Ezam INI ADALAH AGENDA RAKYAT.