Ruj. Kami : SUP/BA/SK/001(4) Tarikh : 7 Mac 2001

Editor Media Tempatan
Editor Media Antarabangsa
Pengurus-Pengurus Laman Web

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Saudara

SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PEMUDA BARISAN ALTERNATIF

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pemuda Barisan Alternatif akan mengadakan sidang media berhubung penahanan Sdr Ezam Mohd Nor pada tarikh, masa dan tempat sepertimana berikut:

Tarikh : 8 Mac 2001
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Tingkat 2 Bangunan PAS Kedah Jalan Kota, Alor Setar Kedah

Sehubungan dengan itu kami menjemput pihak saudara untuk membuat liputan dalam sidang media tersebut.

Sekian. Segala kerjasama saudara amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan amanah

LOKMAN NOOR HAJI ADAM Setiausaha Pemuda BA

s.k. Majlis Pimpinan Pemuda BA