ARTIKEL

KOMENTAR

01.05.00

KOMENTAR 1

 

Salam Reformasi,

 

Hari ini bermulalah tugas pertama saya dalam mengendalikan LAMAN WEB KOMENTAR. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengelola dan pemilik laman Komentar ini kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui laman ini. Satu sikap yang tidak hipokrik ditunjukkan oleh pemilik laman ini. Saya juga memaklumkan bahawa saya akan menggunakan nama KOMENTAR 1 bagi menyempurnakan tugasan ini dan berharap agar saya dapat menyempurnakan tugasan ini sebaik mungkin, INSYALLAH.

 

Berikut adalah artikel saya yang pertama.

 

BUAT JAWATANKUASA MONITOR MEDIA

 

Ramai antara kita mungkin sudah tahu bahawa pusingan kedua BOIKOT MEDIA akan  dilancarkan oleh JawatanKuasa Monitor Media tidak lama lagi. Jawatankuasa ini terdiri dari Sdr Zulkifli Nordin, Rustam Sani, Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution, Zunar dan wakil SUARAM. Jawatankuasa Monitor Media ini dianggotai oleh nama-nama besar dalam perjuangan menuntut keadilan. Komentar percaya penubuhan Jawatankuasa ini amat bagus sekali bagi menyempurnakan tuntutan keadilan. Penyempurnaan yang dimaksudkan adalah menuntut keadilan dari semua aspek. Media Malaysia sudah lama digengam oleh kerajaan memerintah. Media ini jelas diperalatkan oleh mereka demi untuk mempropogandakan idealogi mereka dan menghalang media dari terus bertindak secara adil. Ini memudahkan mereka menutup kepincangan dan terus berleluasa melakukan kezaliman dan penindasan. Rakyat hanya dipamerkan dengan berita-berita sensasi kebaikkan mereka. Disebalik kemegahan pembangunan yang dipamerkan oleh media massa kita media kerajaan telah mengelapkan kita dari melihat perbuatan zalim kerajaan terhadap rakyat. Media dihalang membuat liputan kebangkitan rakyat, dihalang melapurkan kritikan terhadap system perundangan kita dan gagal melapurkan secara jelas tindakan kerajaan yang jelas rakus dan terdesak dalam memegang kuasa eksekutif.

BAGI TUJUAAN INI MAKA MEDIA YANG DILABEL SEBAGAI HAK MILIK UMNO/BN akan terus diluluskan percetakkannya dan yang lain dihalang atau dibenarkan dengan percetakkan 2 kali sebulan dengan menghadkan pembaca kepada ahli sahaja. Kita lihat Harakah, Eksklusif dan Majalah Detik dihalang/dihadkan membuat cetakan kerana mengkritik kerajaan. Ini hanya menjelaskan kepincangan keadilan dan pencabulan  demokrasi amalan kerajaan memerintah sekarang ini.

 

APAKAH KESAN DARI BOIKOT MEDIA PUSINGAN 1

 

Dalam kita menuju kepada pusingan Boikot Media 2, Komentar ingin memohon agar Jawatankuasa Monitor Media menyediakan kesan dan impak  setelah Perlancaran Boikot Media pusingan 1 dijalankan. Jawatankuasa Monitor Media disaran untuk membuat evaluasi samada Perlancaran Boikot Media 1 telah berjaya dari segi motifnya yakni memperjuangkan keadilan dan hak bersuara rakyat. Komentar percaya bahawa jawatankuasa yang ditubuhkan boleh bertindak dengan lebih terperinci lagi dari hanya membuat program Boikot Media. Jawatankuasa Monitor Media disaran untuk melaksanakan tugas mereka untuk memberi “satu bentuk monitoring” yang lebih berkesan supaya kepincangan berita dapat di perketengahkan .

 

Antara yang disaran ialah:

 

Jawatankuasa Monitor Media seharusnya berfungsi menerangkan kepalsuan/kesalahan melapur berita Media –Media Kerajaan.

 

Jawatankuasa Monitor Media harus memantau berita-berita media kerajaan yang hanya melapur dari sudut yang boleh memunafaatkan kerajaan biarpun dari sudut yang lain, ianya satu bentuk diskriminasi kepada hak rakyat.   

 

Jawatankuasa Monitor Media harus bertindak menerangkan kecacatan media kerajaan yang jelas ada kepincangan dalam melapurkan sesuatu isu khususnya tentang tuntutan REFORMASI dan KEADILAN.

 

Jawatankuasa Monitor Media harus bertindak mengadakan program media yang lebih effektif dan sekiranya perlu melancarkan boikot sehingga tertutupnya media yang jelas menjadi alat politik mereka atau pengiklan yang bersekongkol dengan mereka.

 

Pengukuran harus dibuat samada program boikot ini berjaya atau tidak dan sekiranya tidak apakah langkah positif harus diambil.

 

Skop Jawatankuasa Monitor Media harus jelas dan sekiranya perkataan Monitor digunakan maka “monitoring” harus digerakkan dengan lebih effektif.

 

Komentar percaya dan menyokong program Boikot Media dan dengan tertubuhnya Jawatankuasa Monitor Media yang lebih kommited maka agenda membebaskan media dari kongkongan kerajaan dapat terhasil.

 

Bebaskan media kita

 

KOMENTAR 1