Artikel 9

Parti MCA parti skandal

Semasa saya membaca artikel-artikel di laman web Malaysia kini, ada satu tajuk
yang menarik perhatian saya iaitu mengenai ketelusan akaun tabung pendidikan
Chang Ming Thien. Pemimpin-pemimpin MCA meragui mengenai akaun yang jumlahnya RM
13.2 juta yang tidak berubah sejak 9 tahun yang lalu. Ketua Pemuda MCA Ong Tee
Keat mempersoalkan ketelusan mengenai pengurusan tabung itu yang dimulakan pada
tahun 1980. Jika diambil kira jumlah wang pokok dan ditambah dengan kadar
faedah, kemungkinan jumlah tabung itu mencecah hingga RM 25 juta hingga 30 juta.

Namun pemimpin-pemimpin MCA kecewa tabung itu tidak dapat memberi apa-apa
manfaat kepada pelajar Cina. Timbul persoalan adakah berlakunya skandal tabung
pendidikan yang diuruskan oleh Presiden MCA Lick Liong Shit, Ting Chew Peh, Lee
Kim Sai dan Lim Ah Lek. Apabila penjilat taik itu ditanya mengenai isu tabung
pendidikan, dia menjawab isu itu bukannya boleh dibincang (not for discussion).
Senang aja dia cakap. Apa lagi, ia sudah membuktikan ada suatu yang tak kena
mengenai tabung pendidikan itu. Kenapa penjilat taik itu enggan menjelaskan isu
itu. Kalau tabung pendidikan itu diuruskan dengan baik tanpa adanya
penyelewengan, kenapa dia ingin sembunyikan isu itu. Selepas itu penjilat taik
memberitahu bahawa tabung itu diuruskan dengan baik dan diaudit setiap tahun.
Boleh percaya ke cakap dia?

Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Tak lama dulu heboh mengenai pampasan
yang diberikan kepada penternak khinzir mengenai wabak JE yang melanda di Bukit
Pelanduk Negeri Sembilan. Soal skandal pengurusan jumah derma yang telah
diterima melebihi RM 10 juta diragui. Tiada senarai rekod penderma dan tiada
laporan dikeluarkan mengenai jumlah yang diterima oleh mangsa penternak khinzir.
Pampasan hanyalah diberikan pada saat-saat terakhir sebelum pilihan raya kecil
Teluk Kemang bermula. Namun tidak semua penternak khinzir berpuas hati mengenai
pampasan  yang diterima yang telah menunggu sekian lama untuk menerima pampasan.
Ketidakpuashatian itu ditunjukkan apabila ramai pengundi Cina enggan memangkah
BN. Undi majoriti yang diperolehi oleh BN jauh merosot.

Penjilat taik ingat dengan menimbulkan sandiwara pil ecstasy ia dapat mencuci
arang di muka MCA. Segala harapannya jauh meleset. Orang Cina tetap akan
mempersoalkan kredibilitinya yang amat tercalar. Orang Cina tetap tidak akan
lupakan sikap pengecut penjilat taik yang hanya tahu jaga diri sendiri. Penjilat
taik hanya tahu melindungi skandal anaknya yang secara tiba-tiba menjadi orang
yang kaya-raya. Orang Cina tidak akan memaafkan segala salah laku penjilat taik
ini. Orang Cina tidak akan lupakan bagaimana mereka telah tertipu dan
dipergunakan oleh BN untuk memancing undi. Orang Cina tidak akan lupakan
penjilat taik yang menghasut mereka supaya memilih MCA dengan mengatakan a vote
for DAP is a vote for Pas. Orang Cina tidak akan lupakan penjilat taik yang
tidak berani bersuara apabila PM sasau menyamakan orang Cina sebagai komunis.

Sebenarnya orang Cina sudah lama benci terhadap penjilat taik. Sebab itulah dia
tidak berani bertanding di kawasan majoriti adalah orang Cina. Adalah
dinasihatkan pengundi-pengundi tidak memangkah MCA/BN. Sebabnya mudah, jika
pengundi memilih MCA, ia juga memilih UMNO/BN. Dengan erti kata lain, satu undi
untuk MCA, satu undi juga untuk UM NO (A vote for MCA is a vote for UM NO).
Kalau macam ini sudah tentu penjilat taik akan kalah. Beberapa kawasan cawangan
MCA telah memintanya berundur secara terhormat. Kepada penjilat taik, your days
are numbered. Your time is running out. Please step down with dignity.

LTL