KOMENTAR

 

17.10.2000

Salam Reformasi

 

TINDAKAN MB SELANGOR SATU PERCATURAN POLITIK MENJATUHKANNYA OLEH UMNO SENDIRI

 

Khir Toyo ajak kita bergaduh. Khir Toyo mula bertindak mengikuti lunas dan landasan Dr Mahathir. Beliau sekarang melangkah setapak lagi untuk membisukan suara rakyat Selangor yang mahu menuntut pembaharuan. Beliau mengikat suara demokrasi di negeri Selangor dan beliau merasakan beliau “champion” dalam perlakuan beliau menghalang MB Selangor Nik Aziz dari berceramah. Langkah beliau akan di teruskan dengan menghalang semua ceramah parti pembangkang di Selangor. Inikah dia sistem demokrasi ala Khir Toyo. Apakah tindakan ini tidak melampau.  Apakah dengan kuasa yang baru di perolehi beberapa seketika beliau mahu terus melenyapkan demokrasi di Negeri Selangor. Apakah ini dia pemimpin generasi muda yang kononnya dapat membawa UMNO terus menjadi wadah perjuangan bangsa melayu. Aneh tapi benar, Khir Toyo singkat pemikirannya dan lemah percaturan politiknya. Idea ini bukan datang dari beliau tetapi orang-orang kanan beliau yang sebenarnya mahu melihat perjalanan politik beliau terbantut. Kenapa Khir Toyo mudah terpengaruh dengan mainan kawan yang sebenarnya lawan beliau. Apa pun rasakan Khir Toyo. Perpatah Melayukan ada menyebut “ Bagai mendukung biawak hidup” dan kini MB Selangor yang rendah percaturannya tersepit.

 

Reformis, apakah kita harus biarkan tindakan Khir ini terlepas begitu sahaja. Apakah kita akan membiarkan Khir bermaharajalela di Selangor dengan melaksanakan demokrasi ala zalim yang di cipta oleh Mahathir Mohamed.

 

Kita harus LAWAN…… kita harus bangkit dengan gerakan MENAWAN SELANGOR.

 

Segara kita usahakan.

 

KOMENTAR