Sekali lagi negeri Selangor diselamatkan oleh Allah dengan tersingkirnya
orang yang menghalang perlaksanaan undang-undang Allah dibumi Selangor ini.
Abu Hassan, secara terang telah menyelamatkan pembuat maksiat dari dihukum
sedangkan penegak hukum Allah dimalukan.
 
Kita semua tahu, perkara pokok Abu Hassan meletak jawatan ialah atas dakwaan
skandal seks dengan adik iparnya sendiri. Sudah menjadi lumrah orang yang
bersalah pasti akan berundur dan orang yang jujur akan mempertahankan diri.
Namun hukum manusia bernama Mahathir adalah sebaliknya. Saya mencabar
Mahathir untuk mendakwa Abu Hassan di mahkamah. Saya juga ingin mendengar
'FATWA' dari Haji Mahathir, kalau liwat itu sangat keji bagaimana pula
dengan SUMBANG MAHRAM. Jangan bagi alasan ini baru dakwaan seperti kata
Dollah B. Ialah kerana dakwaanlah kita mesti siasat. Suruh MUSAng pergi
angkut tilam, kira berapa tompok yang ada. Pastikan tilam itu tilam yang
betul jangan ada kemungkinan tilam lain. Pastikan juga rumah itu dah siap
dibina dan ada atau tidak penghawa dingin. Pastikan juga tarikh berlaku
kejadian dengan tepat supaya tidak berubah-ubah. Minta tolong Ummi Hafilda
nasihatkan Shamszila bagaiman nak buat surat layang. Mungkin drebar Abu
Hassan boleh jadi orang suruhan. Tapi pastikan juga Abu Hassan tak panggil
Mahathir jadi saksi atas sebab-sebab incontenent.
 
Tapi Mahathir boleh buat rally seluruh dunia, dia bersedia kemahkamah
bila-bila masa luar waktu pejabat. Tetapi boleh buat sidang akhbar bila-bila
masa dengan syarat biar dia sorang jer cakap. Norian Mai boleh tumbuk mata
Abu Hassan tapi jangan lupa gari dan tutup mata Abu Hassan dulu. Dan yang
paling penting jangan BERDEHEM. Sebab Mahathir akan beritahu Media Abu
Hassan Pukul Mata sendiri dan dibantu oleh RAPIDAH AJIS menjelaskan Abu
Hassan Menekup gelas kat mata. Ingatan kepada Norian Mai jangan sebut
perkataan BAPAK ANJING. Lupa nak tanya Tan Seri Judi, ada tak polis
memberitahu beliau tentang perangai Abu Hassan sewaktu menjadi Menteri Pusat
dulu? Atau Abu Hassan ada tak buat perjumpaan selepas subuh sambil bertanya
polis nak ugut dia ker? Cuba check sekali lagi ada tak Allah melarang judi
dalam AlQuran. Tapi jangan lah cari perkataan JUDI memang tak jumpa.
 
Mohtar Dugong, Guni Empatahil, Pak Cik Hacks ataupun JAKA Sembong bolehlah
mesyuarat sekarang. Pegi jumpa Nalla Karuppan, suruh dia mengaku dialah yang
memalsukan Kad Pengenalan Abu Hassan sebab dia dah tak ada kerja lain. Tapi
kali ini mereka tak payahlah merancang teruk-teruk kerana Pejuang Reformasi
tak akan buat demo kat depan Mahkamah dan Para Webmaster pun tak berminat
nak mengulas kes abu Hassan ini. Tinggalah abu Hassan terkontang-kanting.
begitulah juga nasib akan menimpa pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pada masa
depan. Tunggu sahajalah nasib kamu. Pesan aku kepada Mahathir, bila kamu
mati nanti Astora Jabat akan imamkan sembahyang jenazah untuk kamu. Cuma aku
nak tanya nakkah kamu kalau Astora atau HaMan yang jadi IMAM? Tapi aku tahu
jauh dilubuk hatimu terbayang wajah Tok Guru Nik Aziz .
 
Sekian
 
AURA