Bahagian 1

 

KERUSI PANAS MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

ADUN AMPANGAN –SEREMBAN MENGGERAKAN JENTERANYA.

 

Beberapa LR menulis mengenai khabar angin bahawa MB NS ISA JE akan mengikut langkah bekas MB Selangor. Sebagai seorang rakyat NS terutama di DUN Ampangan mulai melihat akan kebenarannya.

 

Bagi penduduk DUN Ampangan terutama pengamat politik kita melihat bahawa ADUN Ampangan Zakaria Nordin (Pak Ya) melalui kroninya mula menggerakan jentera untuk memastikan Pak Ya (yang seiras Pak Lah) bakal mengisi kerusi MB ini. Bagi ahli UMNO Ampangan inilah peluang buat pertama kalinya jawatan MB bakal diambil oleh Dun Ampangan setelah kegagalan Adun Lenggeng yang juga Ketua UMNO Bahagian Seremban gagal didalam percaturan untuk jawatan ini selepas pilihanraya lepas.

 

Semua melihat Pak Ya mula memasang badan untuk jawatan ini,lebih-lebih lagi mungkin mendapat signal dari pencatur politik di Bahagian Port Dickson ia itu Bahagian yang di ketuai Oleh Isa JE bahawa hanya Pak Ya sahaja yang dapat memastikan kroni ISA JE selamat kerana Pak Ya adalah anak didik ISA JE sewaktu Pak Ya mula menjawat jawatan Setiausaha Kerja Perhubungan UMNO NS.

 

Penggundi Dun Ampangan pula melihat apalah yang dapat diharapkan dari Pak Ya yang sewaktu  dihari penamaan calun pilihanraya lepas menerima bantahan kerana gagal membukti bahawa beliau telah menyelesaikan masalah  saman bangkrupsi oleh syarikat kewangan.Semua penduduk Ampangan tahu bahawa beliau diselamatkan oleh undang pengurus pilihanraya ketika itu. Kerana kita tahu walaupun beliau telah menjelaskan hutangnya tetapi  mengikut undang-undang pilihanraya sepatutnya kertas penamaan calunnya ditolak kerana tiada kertas bukti penyelesaian hutang disertakan. Beliau bernasib baik kerana PAS Ampangan tidak membuat bantahan hingga keperingkat kes makamah kerana ingin bertanding secara anak jantan.

 

Juga apalah yang hendak diharap pada seorang yang pernah kena saman bangkrupsi,berjanji untuk meningkatkan Ekonomi penduduk Ampangan tetapi apa yang jadi?????.Projek ditanah beliau diAmpangan. Hanya Bangunan milik beliau sahaja diselesaikan bangunan yang lain bagaimana.,Pentingkan diri sendiri. Pemilik lain terngangah.

 

Berceramah keseluruh NS memberitahu rakyat jangan menentang kerajaan dengan alasan kerajaan telah banyak berjasa kepada rakyat.Orang yang menentang kerajaan dianggap tidak berterima kasih dan tidak bersyukur tetapi apa yang dibuatnya lain pula . di dalam PESAKA NS beliau sanggup tidak bersyukur dan berterima kasih kerana telah menjatuhkan seorang TIM, Presiden Pesaka yang selama ini telah banyak berjasa kepada PESAKA . Ini Talam dua MUKA pemimpin Umno yang diharapkan untuk menduduki kerusi menteri besar penuh dengan Double Standard.

 

Berjanji untuk meningkatkan ekonomi Melayu Ampangan tetapi berdiam bila gerai –gerai Ekspo Melayu anjuran PAS Ampangan dirobohkan tetapi terus memejamkan mata bila tiap-tiap malam peniaga Indonesia yang tidak berlesen membuat jualan lelong hingga hingga mengganggu peniaga Melayu di Ampangan.

 

Penduduk/Pengundi Ampangan juga sedar bahawa kebanyakan langau disekelilingnya umpama sokong yang membawa rebah. Kalau dulu untuk jadi AJK PASMA pun tidak mampu tetapi orang-orang yang menolak beliau di PASMA itu jugalah yang sekarang menjaja beliau sebagai bakal MB NS.Butakah matanya.

 

Sebilangan pengamat politik pula meletakkan  khabar angin ini adalah  mainan politik ketua UMNO bahagian Seremban yang masih mengidam jawatan tersebut (lebih-lebih lagi diketahui setiausaha Pak Ya sekarang ini  adalah bekas?? Penyokong kuat ADUN Lenggeng ini)serta beberapa EXCO yang lebih senior yang cemburu akan kelajuan larian Pak Ya yang masih mentah untuk memiliki kerusi ini.

 

Kepada pengundi BA janganlah tergiur dengan cerita kemampuan Pak Ya kerana walaubagaimana sekalipun ianya adalah tetap ahli UMNO yang hanya akan menjadi tukang angguk dan rubber-stamp kepada ketuanya yang hanya dibibir sahaja bercakap untuk berjuang untuk orang melayu tetapi kerana politik, peniaga Melayu saya ulang PENIAGA MELAYU UMNO tak sama peniaga MELAYU PAS.Buktinya lihatlah Perobohan Gerai melayu Ekspo 40 tahun Pas Seremban. Pastikan 2004 Dun Ampangan milik kita.

 

Dan kepada ahli UMNO yang juga rakan rakan kita ingin kita nyatakan permintaan agar PAS/BA Dun Ampangan jangan mengganggu Pak Ya di Ampangan supaya peluang PakYa tidak gelap,ingin kita jelas sebagai rakan kita tetap selalu bersama dan saling hurmat menghurmati prinsip masing-masing. Namun untuk menggadai prinsip tidak sama sekali.,kerana kita ahli PAS/BA tidak sangup membiarkan PARTI yang telah menghina melayu Nabi dan Agama Islam terus memurtad semua umat melayu.

 

Dan Nasihat kita janganlah terlampau mengharapkan peluang Pak Ya kerana jika terlampau mengharap kekecewaannya amat pedih,kerana kalau mengikut skrip di UMNO Selangor jangan saudara-saudara terlupa dan menidakkan peluang ADUN Rantau. Saudara-saudara UMNO faham akan maksud itu.

 

Kalau hendakkan kesenangan dunia duduklah dalam UMNO tetapi Akhirat bagaimana pula?.

 

Jom kita Pakat Sokong PAS.

 

2004 Ampangan Pas Punya

 

 

CZACK