KOMENTAR

 

06.09.2000

Salam Reformasi

 

MAJLIS BELIA MALAYSIA LEBIH MEMBODEK DARI BERJASA

 

Setiap kali terkeluarnya kenyataan sumbang dari Dr Mahathir maka MBM akan mengeluarkan kenyataan yang mendokong beliau.

Hari ini Mahathir memberitahu dunia bahawa rakyat Malaysia pakar dalam menjadikan sesuatu perkara yang baik kepada penggunaan yang negetif. Mahathir kemudiannya memberi contoh penggunaan Internet sebagai media untuk menyebarkan surat laying dan fitnah.

MBM diwakili oleh Naib Presidennya , NORIZAN SHARIF turut membela Mahthir dan menggesa Kementerian Tenaga  Komunikasi Multi Media untuk mempercepatkan garis panduan etika penggunaan Internet. Majlis Belia Malaysia turut bersetuju dengan apa sahaja yang Mahathir cakap dan akan cakap. Majlis Belia Malaysia lebih cenderung untuk memperjuangkan politik dari melihat sesuatu perkara dari pelbagai aspek.

Kita tidak pernah mendengar MBM menegur sikap kerajaan yang begitu ganas dalam menyekat kebebasan akhbar. Kita tidak pernah mendengar MBM memainkan peranan positif untuk Belia dan pelajar. MBM SEBENARNYA BUKAN UNTUK BELIA. MBM terdiri dari mereka yang bercita-cita politik menyebabkan belia khusus golongan muda menolak peranan MBM.

 

MBM lebih baik dibubarkan dan menyertai politik kotor Mahathir. Komentar syorkan MBM berhenti dari cuba bermain politik dan lebih menitik beratkan isu sekitar kehancuran etika dan akhlak belia di Malaysia. Internet memang memberi ruang kepada perkara-perkara negetif seperti laman-laman lucah dan sebagainya tetapi dari segi berita media Internet lebih berani dari mereka yang di dalam MBM dalam menyuarakan hak dan kebenaran.

MBM hanya tahu membodek.

 

MBM , berpolitik sahajalah.

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim