KOMENTAR

12hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

MB SELANGOR MENJERIT BAHAWA BELIAU DIFITNAH

 

Sedikit sahaja komen Komentar berkenaan laungan MB SELANGOR Abu Hassan ,tentang beliau difitnah. Kalau benar beliau difitnah “PADAN MUKA” dan kalau benar beliau melakukan perbuatan terkutuk sehingga melahirkan anak luar nikah “BERTAUBAT LAH”

 

Walaumacam mana pun seelok-eloknya Mahathir membuat pemeriksaan terhadap DNA anak kecil itu dan mengesahkan bahawa samaada anak itu anak Abu Hassan atau anak Abu Hassan Tan Abdullah. Kalau Sdr Anwar dahulu boleh dilaksanakan DNA oleh kerajaan kenapa Abu Hassan tidak dilaksanakan.

 

Rakyat yang mana tidak sedar tentang kemungkaran Dr Mahathir sepatutnya kini sedar bahawa perbuatan Dr Mahathir terhadap Sdr Anwar Ibrahim.

 

Kes Rahim Thamby Chik, tidak ada ujian DNA dilakukan terhadap anak kecil itu jelas menunjukkan bagaimana hinanya perundangan kita dalam mengendalikan kes-kes yang kena-mengena dengan kroni Dr Mahathir.

 

Kita lihat pula kes Abu Hassan. Kenapa tidak siasat secara keseluruhan. Kes Anwar Ibrahim tentang anak luar nikah di besar-besarkan oleh media kita.

 

Jabatan Polis juga di kini juga diragui kewibawaannya.

 

Entahlah Malaysia dibawah  Mahathir menuju kearah kehancuran.