Salam Reformasi
12-03-2001

MUNGKIN KOMENTAR TIDAK PANDAI MENGHITUNG

Sahaja Komentar nak uji minda Komentar dari sudut Matematik. Okay kita cuba ;

Andai Wilayah Persekutuan ada 10 Bahagian dan setiap Bahagian ada 15 ahli AJK Pemuda Bahagian berapakah jumlah pemuda ada dalam Wilayah Persekutuan?

10 Bahagian x 15 Pemuda Dalam satu Bahagian = 150 pemuda

Andai setiap Bahagian ada 10 cawangan dan setiap cawangan ada 15 lagi pemuda yang berbeza dari pengiraan pemuda peringkat Bahagian dan Perhubangan Negeri,berapa jumlah Pemuda yang ada diperingkat cawangan keseluruhan di Wilayah Persekutuan?

10 cawangan x 10 Bahagian x 15 ahli pemuda cawangan = 1,500.

Okay terror bebenar matematik Komentar.

Okay lah dahle kerja mengira-kira itu. Kita cerita politik pulak.

Masa Komentar hadir pada hari Sabtu apabila Sdr Ezam hadir ke mahkamah dan ditambah reman , pendokong Sdr Ezam Mohd Nor, yang terdiri dari Pemuda Wilayah Persekutan ada yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada pejuang muda tersebut.

Mungkin kalau tidak 1,500 orang seperti pengiraan diatas yang hadir tetapi jumlah mungkin 30-50 orang pun memadailah.

Syabas Pemuda Wilayah Persekutuan dan Selangor...saja rasa gatal nak tulis Selangor plak.

Komentar- saja menulis